30.6.07

9 June 2007 : Day 2 - Kinabalu National Park



The Magnificent Mt. Kinabalu



(L) Rumah di atas bukit - tempat kami tinggal
(R) The Main Entrance of the National park




(L) Kami pi makan di Balsam Cafe
(R) Semasa turun, ternampak a beautiful butterfly




(L) Meja & Kerusi buatan sendiri - very creative
(R) Oppss..mahalnya makan di sini



(L) The Mt Kinabalu - viewed from the house we stayed
(R) Xander, my nephew not feeling well during his stay here
dia fever and menangis thru the night




Tapi bila sampai di Tamparuli, Xander back to normal
fever dia hilang dan dia kembali ceria - miracle betul :)

The End....be ReaL..

30.6.07

8 June 2007 : Day 1 - Hot Spring, Poring



"Take nothing but Photographs
Leave nothing but Footprints"




Suspension bridge menuju ke Hot Spring



Sungai Mamut - very tempting utk mandi tapi kawasan larangan



(L) Pokok poring di sepanjang jalan menuju ke Hot Tub
(R) Souvenier shop - baru dibuat




(L) The Rock Pool popular amongst the tourists
(R) Air terlalu panas - dilarang mandi. Masak telur mungkin boleh :)




The newly renovated hot tub - cantik, bersih dan kemas susunan dia
Tapi seperti biasa, ramai orang berebut-rebut booking tub masing-masing




(L) Hut called Rafflesia - as usual kami mandi di sini saja
(R) Ada 2 tub dlm rumah - privacy sikit :)



Swimming Pool - coooooL...
ada slide juga

Tidak sempat pi tengok Taman Rama-Rama dan Canopy Walk. Banyak kali pigi sudah so this time we skip sebab tujuan datang di sini hanya utk mandi :lol:

23.6.07



Lamanya tidak dapat posting. My PC condemn. I thought in the first place kena serang virus. Bila hantar pi 'hospital' rupa-rupanya motherboard yang hangkang hampehhh :( I have to spend RM169 for this plus RM30 for the service. Apa buli buat, hentam sajalah! Kena ikat perut tunggu gaji huwargggghhh!

Now I'm back - blogging :)


3 Jun 2007

"Kata hati merayu aku pergi meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya, mengapa kasih harus ku alami...."

Adehh terkejut saya dengar suara Linda Nanuwil nyanyi Jika Kau Kekasih. Siapa punya alarm clock bah tu? Ohh si TS punya alarm. Terlampau lah bah juga bangun pukul 5 pagi :) Kalo tidak, banyak soalan yang mungkin saya tanya sama Linda. Tapi tidak apa, yang paling penting, Linda peluk dan cium pipi saya awwww...yg lain jangan jealous!!

Today was our last day in Sandakan. Rasa macam belum puas. Tapi apa buli buat, bisuk kerja sudah. Si noey pun kepenatan sudah bawah kami jalan-jalan :) Selepas semua sudah bersiap, untuk kali terakhirnya kami breakfast di Restoran Hidayah. Saya tengok, semua makan ringan-ringan saja. Saya makan nasi lemak. Noey bilang rugi datang Sandakan kalo tidak merasa nasi kuning Sandakan.

Then noey hantar saya pi airport. Ritt, TS dan Cath pun ikut hantar saya. Bukan apa, si Ritt tidak confident dengan jalan keluar dari Sandakan, terpaksalah diorang ikut si noey hantar saya ke airport :) Selepas bersalam-salam dgn Noey & Cath (Ritt & TS kalo saya lupa salam sama kamu, minta maaf sajalah. Lagipun kita bila-bila boleh jumpa. Nanti kita minum-minum di Sadong Jaya hehehe) noey terus pi tunjuk jalan camana keluar dari Sandakan sama si Ritt. Kalo tidak, berpusing-pusinglah diorang di bulatan yang ada replika 'buaya' dan 'orangutan' hahaha

Flight saya pukul 8.50 pagi. Delay 5 minit. Perut saya meragam pula. Ini mesti pasal nasi kuning yang first time saya try makan tu. Apa-apapun, saya selamat sampai di KK hampir-hampir pukul 10 pagi. Saya sempat sms noey, TS, Ritt yang saya sudah sampai di KK. Balik rumah saja, terus mandi dan tidur. Penat tapi enjoy. TS sempat melaporkan melalui sms, diorang tidak sempat singgah tinguk kolam ikan sebab hujan lebat di Ranau hehehe. Sudah ku bilang, korang tipu saya saja hmmm...

Next trip - Gayana Island in July. Kalo tiada halangan, mungkin saya join juga :)

2 Jun 2007


We woke up early as we know we have a busy day ahead of us.

Noey took us for breakfast at Restoran Hidayah. It's a walking distance from our hotel tapi kami ni manja sangat-sangat, mau juga noey drive-kan ke sana :) Mengikut cerita lagenda, restoran inilah tempat noey mengenangkan nasibnya di perantauan sambil makan sambil nangis teresak-esak hmmm. Lupa pula ambil gambar tempat ini (noey, bolehkah ko ambil gambar restoran ini, pastu mms sama sia?)

After breakfast, we went to the airport to collect my ticket. Kalo tidak silap saya, diorang suruh saya ambil tiket before 12 noon. Kami sampai sana it was around 10am. Adehh kaunter belum buka. Saya ketuk-ketuk pintu ofis MAS tu. Siap bunyikan loceng lagi tapi tiadapun orang buka pintu. Bikin panas!


So, noey decided to bring us to Agnes Keith House dulu supaya tidak buang masa.

What's so special about Agnes Keith House? To tell you the truth, saya tidak pernah dengar ini nama. Until noey bagi tau saya, Agnes Keith adalah penulis buku "Land Below the Wind". Kesiannya saya. Sampai noey cakap "saya ragu-ragu dengan ko ni. Ko orang Sabah ka apa ni?" Ya ampunnn. Pasal sejarah ini saya kurenggg sikit. Tapikan, saya rasa noey pun baru tau bah pasal Agnes Keith bila dia kena transfer di Sandakan hmmm...

Agnes Keith ini, seorang penulis dari America. Dia terkahwin orang English, Henry Keith yang dihantar bertugas di Sandakan. Diorang bina rumah ini di atas bukit atas alasan, pemandangan dia cantik. Rumah ini pernah musnah semasa perang. Tapi dibina semula exactly macam ruma lama. Sekarang rumah ini di bawah jagaan Muzium Negeri Sabah. Tidak perlulah saya mengulas sejarah si Agnes Keith. Korang cari saja buku dia "Land Below the Wind", "Three Came Home" - telah difilemkan dah "White Man Returns". Untuk masuk ke rumah ini, dikenakan bayaran RM2.00 (betul kan TS?)

The Agnes Keith House was very interesting cuma sebelum kami menjejak kaki di sana, kami telah 'disumbat' dengan berbagai cerita yang menyeramkan. So, semasa kami masuk, perasaan itu amat kuat. Ada satu ketika semasa saya melihat-lihat di pejabat/study room dalam rumah tu, saya takut mo masuk. Terutamanya saya terlihat telefon di atas meja. Bila noey join, barulah saya berani masuk tapi semasa saya sedang khusyuk melihat family tree Agnes Keith, noey tinggalkan saya sorang-sorang adehh...

Then, saya proceed to the bedroom. Dekat pintu ada a few risalah/cerita mengenai bilik tidur itu. Alamak, ada cerita hantu. Agnes Keith pernah nampak hantu muncul di rumah dia. Saya tidak habis baca sebab takut :) Saya ragu-ragu mo masuk tapi Ritt tiba-tiba muncul barulah saya berani. I feel 'something' very strong in this bedroom but I didn't say anything to them. By the way, no picture taking is allowed in this house. I met Esther, my old friend from Penampang in this house - kecilnya dunia.

Next we went to see the Tangga Seribu. Look at the signage. Tangga Seribu tapi translation in english - one hundred steps. Noey bilang, tidak sah lawatan ke Sandakan kalo kami tidak jumpa Tangga Seribu. So Ritt and I went down to count the steps tapi saya kira ada 27 steps saja, followed by a road turun bukit. We were not sure kalo ada tangga selepas tu sebab kawasan dia a bit remote. Takuttt...ciao!

Kami terus ke airport. Aikk kaunter belum buka. Mana Ada Sistem (MAS) ini macam? To kill the time, noey bawa kami round tempat tinggal dia. Nice place tapi noey bilang water problem. She's thinking to rent somewhere soon. Then kami pi War Memorial. Masa tu, hujan renyai2 so kami tidak turun dari kereta. Tengok dari jauh sajalah. Pastu, kami pi airport semula. I told them 'third time lucky'. Kaunter belum buka!! This time saya tunggu dan kelihatanlah pekerja dia baru sampai. I got my ticket with a bad impression on MAS ticketing counter!

After that, we proceeded to Sepilok untuk menziarahi 'saudara-mara' di sana :lol: Kami sampai during lunch time - kaunter tutup! Asyik kaunter tutup ni. Bikin panas! Tapi tempat tu memang panas :) Sambil menunggu kaunter buka, kami meninjau-ninjau dan saya ternampak si Mr G! Yang berkenaan saja yang kenal dengan Mr G :lol:

Eh, mo bayar pula masuk tinguk saudara-mara kami tu. RM5 untuk Malaysian dan RM30 for non-Malaysian. Cath ko orang mana? hehehe. Dengan muka malu-malu (walaupun tidak nampak), I called my cousin in KK "boleh masuk free kah?" Rosa oppss Dr. Rosa replied "boleh bah kalo kau" She asked us to look for Mariana. Nasib baik Mariana ni such a sweet lady, hilanglah kemaluan minta masuk free :lol: Dia bagi kami tiket dengan tulisan 'kasi masuk saja'. Diam-diam kamu ahh jangan bagi tau kerajaan kami tidak bayar hehehe

Itu orangutan punya makan time pukul 3 petang. Kalo pagi, pukul 10. Kami tunggulah konon 'diorang' punya tea-break. Sambil-sambil tunggu tu, ada lah dua tiga orangutan buat 'show'. Si Ritt saja faham tu show! Dengan penuh semangat dia translate sama kami. Cath pula tidak puas ati sebab tu show tiada conclusion! I met Josephine, a friend from Penampang here in Sepilok - it's a small world indeed.

Selepas tinguk tu orangutan makan, kami pula yang terasa lapar. So kami pun berambus. Saya tidak tau berapa bandar si noey pusing-pusing. Ganjil dengan Sandakan ini, semua kedai tutup. At last, kami landing di restoran Azlef di bandar Kim Fung. Kami order steamed-whole fish, yang datang slice-fish. Kami order mixed-vege, tidak muncul-muncul. Pastu kami dengar tu pekerja berbual "tiada nasi - utang nasi di kedai sebelah" adoiii. Yang sedap di kedai ini - sup kosong kegemaran TS :)

After lunch - back to our hotel untuk rehat. Nampak macam perjalanan kami tidak banyak tapi sebenarnya amat memenatkan sebab jarak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Sampai di hotel, the first person mengampai - Ritt!!

Rehat punya rehat tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Kami pun merancang di mana mo dinner. Ikan bakar yang popular di Sandakan? Opps tidak jadi. Banyak cerita disebaliknya so kami kensel. We called Nasgurl to join us. Then, kami terus cari tempat makan. What was the time? 10 pm!! Patutlah semua kedai tutup. Yang ada, Habeeb Restaurant & Sedap Corner Restaurant. Dua-dua noey reject :lol: In the end, kami landing di Pizza Hut. Biasalah, kalo sudah berjumpa cerita tidak putus sampai kami kena halau. Kami sambung di hotel pula. We talked like there's no end! What's the topic? Can anybody guess? Nasgurl left the hotel at 1am! Sian si Nas. Next day dia kerja pula tu. Hopefully ko tidak mengantuk kio Nas. Ada juga saya ambil gambar di Pizza Hut tapi takut ada orang marah muahaha...

End of Day 2


Malaysian Prime Minister YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will marry this Saturday June 9th, 2007 to Jeanne Abdullah.

Read more HERE and also HERE.
Congratulations to our PM!

ps. I received the pic from a friend through email dated 06 April 2007. I'm not very sure whether it's the real picture of Ms. Jeanne Danker Abdullah. Kalo salah, nanti saya remove . Jgn saman saya, dah lah :)

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saya terjoin rombongan 'kecil' pi Sandakan :)


01.06.07
Kami bertungguan di Hotel Hyatt a.k.a. penginapan si Cath as early as 7am. Before we started our journey, we took our breakfast at kedai mamak (ciann si noey). Kami singgah di McD afterwards untuk tapau sbb noey tidak berapa selera di kedai mamak :lol: Ritt, TS & Cath pun singgah utk isi minyak. Ada 'sorang' tu sibuk mencari Giro hmmm...

Then, off we go. Saya tumpang kereta noey (lupa ambil gambar kereta Ritt). Dlm perjalanan, we talked non-stop i.e. isu negara, isu ofis, isu hiburan, isu dunia bla bla bla. Tanpa disedari kami sudah sampai di Ranau. Fuyoo! noey and myself really chatted dengan penuh semangat. Ntah apa-apa yg kami bualkan. Saya sudah lupa sebenarnya, mungkin disebabkan jalanraya yg berlubang sana sini yg buat otak saya miring. Kenapa bah jalanraya tu tidak di-maintain. Jabatan Kerja Rajin tu rupa-rupanya tidak rajin menurap. Oppss kerja penurapan sudah di sub-kontrak kpd swasta rupanya hmmm...

Kami turun kejap pi KFC bukan utk beli ayam tapi untuk 'melepaskan' apa-apa yg patut. Noey ni kan bukan dpt masuk tandas yg sembarangan, mesti yg ada air-cond, ada sabun dan ada pengering tangan :) Team yg satu lagi main hentam masuk tandas Petronas. Sambil-sambil stretching kaki & badan di Ranau, mata ini meninjau-ninjau juga di sekeliling - manalah tau tiba-tiba pesona bintang muncul di depan mata :lol:

We continued our journey. Noey told us, next stop would be at Wonod. Naik kereta saja, kami sambung sembang kosong kami. Eh, ada tamu pula di Ranau. Patut pun jammed. Team yang satu tiba-tiba hilang. Noey stop di siring jalan waiting for them. Bila kami nampak bayang-bayang diorang di belakang..zoommm off we go again! Betullah kami chat tanpa break. Kami nyaris-nyaris terlimpas persinggahan di Wonod. Apa lagi, Noey buat corner baring ke kiri uisshh mcm stuntman dia drive ni. Kami singgah melawat tandas. Ada pula 'sorang' tu sempat mengambil gambar semasa berbaris di luar tandas cehhh. Spt biasa tandas di Wonod bukan taste si noey :)

Jauh lagi kah Sandakan ni? Noey bilang dekaaaat sudah. Balik-balik dia jawab macam tu tapi sebenarnya saya rasa macam jauuuuuh lagi. Tapi tidak apa, perjalanan kami tidak boring sbb banyak benda yg kami bualkan sebenarnya. 6 bulan kami tidak berjumpa maka perbualan kami cover utk 6 bulan hehehe. Next, we reached the checkpoint. Nampak macam polis tu sibuk sangat, diorg tidak pedulikan kami. Kami pun jalan teruslah tapi kami tinguk-tinguk juga team di belakang, mana tau diorang pula tersangkut sbb kereta yg diorg bawa tu kereta 'curi' muahaha tapi diorg pun lepas juga. Noey bilang jalan ke kanan selepas checkpoint tu pi Tawau/Lahad Datu. Di checkpoint itulah noey selalu tunggu kawan2 dari Lahad Datu utk sama-sama turun KK. Seram jugalah kawasan tu terutama kalo malam, hujan dan angin kuat. Sabar sajalah noey...


We checked in di Tyng Garden Hotel. I think it's a new hotel in Sandakan coz I never heard of it before. The room is ok but this hotel doesn't have lounge utk lepak-lepak. After we got rid of our bags kami terus ke bandar Batu 4 (noey, betul ka tu?) One thing about Sandakan, setiap location dinamakan Batu 4, Batu 7, Batu 8 and so on. Identitilah konon tu. It was already 4pm. We were rushing coz saya mo booking my flight back to KK. Noey told me, MAS closed at 5pm. Tapi bila sampai di Batu 4, ejen MAS saja yang ada. To my disappointment, the lady on the desk told me, she was no longer be able to issue ticket. I told her "baru pukul 4 bah" Tapi she was busy on the phone. Bikin panas! Dia suruh saya pi MAS office which is located in Batu 7 or something cehh...By the way, pasal lokasi Batu-Batu tu kan, kalo silap sia minta maaf. Memang si noey balik-balik kasi tau ini Batu 4, Batu 8 etc. tapi otak saya lambat pick-up. Miring tahap gaban sudah.

Kami pi makan di Restoran Tomato. The food was not bad at all. While kami makan, saya sempat call a friend in Sandakan or rather si noey punya boss minta tolong dia booking my flight. But I need to collect my ticket at the airport the next day. Thanks Ming, for your help!

Then, kami pi pasar. Pasar baru kebanggaan orang Sandakan bernilai berjuta-juta ringgit tu!! Sempat jugalah beli keropok ikan dan udang kering. Mo beli ikan masin tapi bau dia boleh tahan juga. Takut pula menjadi haruman di bilik hotel kami - kensel lah. Mati kutu saya diketawakan oleh Ritt, TS & Cath gara-gara tawar-menawar di pasar tu...adehh silap skrip bah tu! Noey tidak turun sbb sedang 'online' dgn Cinta yg sedang bergumbira di Cameron Highlands hmmm...

Selepas tu, Noey bawa kami ke Temple Puu Jih Syh nun jauh di atas bukit. Temple ini adalah temple yg terbesar di Sabah or could it be the biggest in Malaysia, I'm not sure. Saya memang ingin ke tempat ini sbb The Amazing Race season 4 pernah datang di sini. Tercapai jugalah impian saya. This temple was officiated on 26th September 1987 by YAB Datuk Joseph Pairin Kitingan, masa tu beliau merupakan Ketua Menteri Sabah.


Next, misi mencari mesin Giro. Macam Amazing Race pula. Dari KK ke Ranau mencari Giro akhirnya terjumpa di Sandakan. Betul-betul happeninglah budak sorang tu :lol: Back to our hotel untuk rehat. Penat beb!

We took our dinner at Ocean King Restaurant. It's a floating restaurant tapi Ritt saja yg rasa restoran tu bergoyang (Mabuk ka Ritt?) Tapi masa makan tu kan tiba-tiba angin kuat adehh mmg restoran tu bergoyanglah (Sia ndak mabuk bah, bilang si Ritt). Sempat ambil gambar udang masak steamed tapi gambar kualiti ndak bagus sbb gelap. I tried to mms the picture to Cinta tapi sending failed. Bukan apa, saja nak bagi dia jeles :) Ramai betul orang di restoran tu sbb ada orang kahwin. Saya tercari-cari juga disekeliling mana tau ada orang yg saya kenal. Ada jugalah saya kenal tapi dia tidak kenal saya, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan :lol:

After dinner, back to our hotel zzzz. End of Day 1.