22.7.06

First of all, saya nak ucapkan tahniah kepada Velvet Lawrence Aduk satu-satunya wakil dari Negeri di Bawah Bayu kerana telah berjaya masuk ke final AF4 (setakat sekarang!)

AFMASUK?? actually, saya cukup fobia dgn afmasuk :p

Saya masih ingat masa AF2 di mana afmasuk ini diperkenalkan. Sebelum afmasuk dibuat, saya telah berabis undi untuk Linda Nanuwil. Tetapi saya amat kecewa sebab Linda tersingkir masa tu. Nak salahkan talian 'disekat' pun kita tidak tahu sebenarnya apa yg berlaku. Tapi apa yg pasti masa tu, mmg jawapan ke atas undian yg saya hantar hanya diterima selepas konsert iaitu antara pukul 3 - 7 pagi. Frusttt sangat bila Linda terkeluar. Sehinggakan saya merajuk dan hendak boikot AF. Maksud boikot adalah saya tidak mahu menonton lagi konsert AF seterusnya :p

The following saturday was the last concert before finals. That evening saya telah menerima sms daripada sister in law saya. Dia bagi tau, konsert malam tu mesti ditonton sebab ada kejutan. Saya tertanya2 kejutan apa? Dia jawab mungkin ada kena mengena dengan Linda. So, masa tu saya sibuk hantar sms kepada semua geng2 (pengundi2 Linda) utk tidak ketinggalan menonton konsert malam tu.

During the concert Aznil mengumumkan bahawa ada pengumuman akan dibuat. Apa lagi, bertubi2lah sms masuk dlm hp saya. Geng2 semua heran macamana saya tahu ada kejutan. Masa tu, saya tidak dapat membalas sms diorang sbb saya takut saya akan kehabisan kredit. Bila Aznil umumkan bahawa AFMasuk diadakan apa lagi, saya mulakan menghantar afmasuk linda masa tu. Afmasuk hanya dibuat selama lebih kurang 24 jam. Bermula tengahmalam sabtu tu hingga ke malam ahad. Adoiii masa tu mmg saya bankrap. Saya telah habiskan saki baki kredit saya untuk afmasuk linda. Masa tu pula, undi linda bersaing hebat dgn zarina.

Pada malam ahad, mmg berdebar2 sangat bila Aznil umumkan pelajar yg akan diserap masuk ke akademi. Bila nama linda diumumkan saya mmg gumbira sangat2. Bermulalah lagi episode afundi linda. Sehinggalah Linda menjadi naib juara AF2. Tahniah kepada Linda dan juga kepada seluruh pengundi2 setia Linda! Tapi selepas itu, teruk jugalah linda dikutuk dan beliau dicop sebagai artis recycle. Kesian linda. Dia mmg mangsa keadaan masa tu. Tapi dont worry Linda. Saya tetap menyokong linda. Biar orang kutuk saya sentiasa menyokong dan meminati linda!

Itu kisah lama. AF kali ini membuka semula 'talian hayat' itu hahaha macam saya tahu 'agenda' ini! Mengikut pemerhatian saya, Lotter dan Amirul telah 'dikeluarkan' di saat2 akhir. Dan kedua2 pelajar ini mempunyai ramai peminat. So, bermulalah nanti episod 'Linda' & 'Zarina'. Kali ini saya menjangkakan episod 'Lotter' & 'Amirul'. AFmasuk telah dibuka bermula malam ini sehingga hari sabtu depan. Kalo AF2 talian afmasuk hanya dibuka 24 jam tapi kali ini dibuka selama seminggu!!! Fuyooooo kaya! kaya! kaya!

Biasalah tu. AF3 keuntungan tidak memberangsangkan. So kenalah pasang strategi utk mencari untung lebih hehehe. Apa2pun, penganjur tidak memaksa kita. Kitalah yg kena fikir. Fikir-fikirkanlah sebelum menghantar undi sbb kalo saya tidak silap penganjur sudah ada 'calon' sebenarnya.

Berikut adalah keputusan undian selepas sahaja konsert ke-8 berakhir untuk kita nilaikan bersama:

Faizal 39%
Velvet 27%
Farhan 18%
Haziq 16%
Last but not least, saya teringin sangat nak cadang kpd pihak penganjur AF ini untuk mengadakan juruaudit ke atas undian yg diterima. Tidak perlu membayar juruaudit yg professional. Cukup sekadar juruaudit itu adalah dari kalangan keluarga para pelajar yg tinggal. Maksud saya, wakil kpd setiap pelajar iaitu keluarga mereka. Biar keputusan telus dan jujur. Sapa setuju?? hehehe

3 Responses to "AFMASUK AF4"

  1. Anonymous Says:

    aduii..bila baca ceta ko ni pasal afmasuk linda...sedih pula sia rasa..Tp sia pun mcm ko bah...
    tatap sukung Linda dr dulu ,kini n selamanya....
    bah,jan lupa janji ko sama velvet....sukung da..kan kita selalu limpas2 simpang mo p masuk walai da...ahakssss...

  2. Anonymous Says:

    ermm...x tau lah siapa mo sukung
    kita wish budak2 sabah tu all the
    best saja lah ;)

  3. Anonymous Says:

    Very cool design! Useful information. Go on! » » »

Post a Comment