Actually to me kelima-lima finalis tu semuanya pemenang. Why? Sebab mereka telah berjaya ke peringkat akhir. Kesemua mereka juga akan menerima hadiah2 yg lumayan. Dan yang paling penting kelima-lima mereka akan mendapat lagu mereka sendiri!

Tradisi bertanding mestilah ada juara, naib juara dan tempat ketiga. Itu biasalah. But the most important thing is apabila diorang tu keluar dari akademi. Siapa lebih diminati, siapa lebih outstanding, siapa lebih popular dan siapa yg banyak menerima tawaran menyanyi, iklan atau berlakon. Dan juga, siapa yg lebih dulu buat album. Si juara tu mungkin yg pertama buat album. Selepas tu? hmmm kita tunggu sajalah. Album naib juara tahun lepas pun belum lepas lepas. FC diorang tu kena buat gerak gempur barulah album tu menjadi hehehe

Oklah. Tahniah kepada Faizal yg telah dinobatkan sebagai Juara AF4. Sekalung tahniah juga kepada Lotter yg menyandang Naib Juara AF4. Kalo ditengok, nasib Lotter ni serupa dgn nasib Linda Nanuwil. Kedua-duanya datang dari negeri yg sama, iaitu Sabah. Kedua-dua mereka adalah pelajar yg telah di AFmasuk. Dan kedua-duanya menyandang Naib Juara. Semoga Lotter dapat buat album macam Linda juga hehehe. Saya rasa, saya akan jatuh cinta dgn lagu baru Lotter, "Yang Berlalu..Tak Berulang", sama seperti saya jatuh cinta kali pertama dgn lagu Linda "Aku Cinta Kamu".

Tahniah juga kepada Farhan. Good effort on 'Spain'. Saya memang salute Farhan kerana dpt bawa lagu ini dgn baik. Tidak keterlaluan kalo saya ckp tiada artis di Malaysia ini yg mungkin dpt bawa lagu 'Spain' sebaik Farhan. Kita tunggu kalo-kalo ada artis yg cuba bawa lagu ini hehe. To Haziq and Velvet - congrats to both of you too. Saya setuju dgn penilaian Adlin terhadap Haziq - jika dia mau menjadi ikon tradisional, dia kena belajar menari tradisional juga, barulah ada umphhh. Velvet no doubt can sing. Vokal lantang adalah kekuatan Velvet sebenarnya. Tidak payahlah ligat menari. Menari dgn sederhana pun memadai. Yang penting suara malatoppp. Tapikan, saya tidak sukalah fesyen yg dibawa oleh Velvet. Macam fesyen tahun 70an atau 80an pula saya tengok. Satu kembang tidak berlengan - menyerlahkan kegempalan hehehe dan satu lagi straight cut - menyerlahkan kegebuan muahahaha. Kurang pasti samada fesyen ini adalah pilihan Velvet sendiri tapi mmg tidak ngam lah. sorilah Velvet.

Apa2pun saya hepi gila bila melihat wajah Linda Nanuwil muncul di kaca tv. Walaupun bukan live tapi sekurang2nya terubat jugalah kerinduan saya kpd pesona bintang ini.

Tirai AF4 telahpun berlabuh. Ada kekuatan dan ada juga kelemahan. Kalo masih ada AF tahun depan harap2 diorg dapat buat kelainanlah. Mcm bosan pula asyik idea yg sama. Be real...

**pix credit to www.astro.com.my/akademi_fantasia/

4 Responses to "Congratulations to all AF4 Winners!"

  1. Anonymous Says:

    sias...sia mo abadikan lirik lagu velvet d sini...sb lagu ni antara terbaik yg pena sia dgr...malah the best song final af4 ni....
    hayatilah...
    SIA MO TUJUKAN LAGU NI UTK UDUI....SESUAI RASANYA(udui hayati lirik ni)...'
    UTK PENGUNDI VELVET YG X PENA GV UP(mcm kita juga..yg x pena gv up kan)
    n ..istimewa utk velvet tu..ko memang malatop(hrp2 velvet limpas2 sini..ahakss)

    KINI DETIKNYA


    Bintang di langit terindah
    Melambai kau yang bersedihan
    Tinggalkan saja sangkar lara
    Pelangi di awan menanti kau dendangkan lagu cinta

    Gemakan hati bergetaran
    Hembuskan nafas sedamainya
    Biar sang burung bersinggahan
    Di halaman cinta
    Sambil menyanyikan simfoni rindu

    Chorus
    Kini detiknya..
    menjelma
    Kita berdua berbicara
    Dan menguntumlah setiap senyummu
    Bersemi mesra kemanisan.janji

    Buka rahsia hatimu
    Kau luaskan kepercayaan
    Tiada lagi sempadannya
    Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta


    Tak perlu kenang lagi derita lama
    Tak perlu ada keraguan sewenang menghalang
    Atas nama cinta tanpa curiga..
    berjanjilah....

  2. Anonymous Says:

    TS..thank you for the lyrics

    lirik lagu lotter tiada ka?

  3. Anonymous Says:

    adaaaa....(mcm stail c velvet ckp bah)tp ada syaratnya....ko kena p Membakut dulu..naik motorsikal..muahahhahaaaaa

  4. SciaS Says:

    uihh bersyarat pula...bagi sajalah bah
    jgn kedekut hehehe

Post a Comment