Saya sudah lama tidak update Carta 30 di HotFM. Keadaan tidak mengizinkan hehehe maksud saya, saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya carta 30 ini sebab sering ada masalah. Apa-apapun, pada hari ini saya dapat mengikuti carta 30 ini tanpa sebarang gangguan.

Apa yang pasti lagu Velvet dan Lotter menduduki top 30. Boleh tahan juga diorang ni. Baru keluar dari AF4 lagu diorang sudah meletup-letup di radio. Tapi bukan lagu diorang yang saya tunggu hehehe. Saya masih setia dengan lagu Linda Nanuwil. Bila Farah Fauzana umumkan lagu menduduki tangga ke-21 saya terus tersenyum sebab saya dah boleh agak lagu JKK mesti ada peningkatan.

Then, diorang umum lagu JKK menduduki tempat ke-20. Yesssss. Bangga jugalah. Tidak sia-sia saya mengundi lagu ini dengan penuh kesabaran. Yang paling penting, lagu ini masih bertahan di top 30. Saya juga harap, peminat Linda terus dan terus mengundi lagu ini. Jangan biarkan lagu ini terkeluar dari carta 30.

Dan apa yang lebih membanggakan saya ialah apabila Faizal@FBI cakap peminat Linda Nanuwil semuanya dahsyat! hahahaha. Terima kasih Faizal! Kami memang dahsyat. Kami sehati sejiwa demi Udui.

Noey, TS, Cath, Ritt, Cinta, Dora, Ziah dan yang lain-lain, teruskan usaha untuk memastikan JKK sentiasa bertakhta di hati kita!

2 Responses to "Jika Kau Kekasih di Carta 30 HotFM - Dahsyat!"

  1. Anonymous Says:

    sias,
    sia ni cuma Tukang Sapu @ kuli...sia x blh janji dpt jd fans udui yg TerDasyat Sekali..
    tp sia janji Tetap Sedaya upaya sokong udui...
    bg sia..Terlalu Sayang klau bakat udui disia-siakan....banar ni,bukan pasal hal lain.. tp bakat yg ada pd udui tu kejarangan d M'sia.
    TQ faizal n Farah...udui betapuk pun tetap dasyat sokongan da..klau udui timbul@ kembali ....lagilah dasyat kan...blh 'kuyak' tu jln raya...miahahhaaaaa

  2. SciaS Says:

    hmmm...tiada nama tapi banyak clue hehehe

    saya pun manusia biasa bah TS..mana ada orang meminati seseorang yg sudah lama x muncul..gila2 mcm saya..apa2pun saya akan cuba bertahan utk meminati setakat yg saya mampu..kira saya ini 'kekasih' yg jujur kekeke

    kalo empunya diri sudah tiada minat utk berjuang..apa buli buat..kita hanya peminat yg 'kejarangan' hehehe

Post a Comment