16.7.07
Ini artikel mengenai cerita terkini Linda Nanuwil yang saya ambil dari Berita Harian (15.07.07) Layannn...
"Saya tak kahwin lagi" - Linda AF2
SUDAH lama kita tidak mendengar cerita perihal pesona bintang Akademi Fantasia 2 (AF) iaitu Norlinda Nanuwil. Apa yang Zubir tahu, dia menghilangkan diri dari industri hiburan sehinggakan Maestro Talent turut berdepan masalah untuk menghubunginya.
Pelbagai cerita yang sampai ke telinga Zubir sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ itu. Ada yang kata Linda dah kahwin dengan VIP bertaraf menteri dan tak berminat lagi jadi penyanyi. Spekulasi juga ada menyebut, Linda terkena buatan orang dan pelbagai macam lagi cerita negatif yang disampaikan kepada Zubir.
Baru-baru ini, atas bantuan seorang teman, Zubir dipertemukan dengan Linda selepas hampir dua tahun kami tidak bersua muka, maka pelbagai soalan yang bersarang di kepala Zubir terus dilemparkan kepadanya.
“Linda sekarang dah tinggal di Kuala Lumpur bersama kakak dan abang, tak lagi menetap di Sabah.
Linda bukannya hilang dari industri ini ataupun merajuk seperti mana yang Linda dengar cerita, tapi Linda sakit. Linda berdepan dengan sakik tekak yang kronik, hampir setahun Linda tak boleh menyanyi.
“Ramai yang kata Linda terkena penyakit misteri, bukan, Linda hanya sakit tekak saja. Sekarang ni dah OK, dah boleh menyanyi macam biasa” kata Linda, 23, yang semakin mempesona kecantikannya.
Apa komen Linda mengenai perkahwinannya dengan VIP yang digembar-gemburkan selama ini?
“Abang Zubir sumpah, Linda tak pernah kahwin! Baik dengan VIP ke, menteri ke atau sesiapa saja, Linda tak pernah lagi mendirikan rumah tangga. Apa yang Abang Zubir dengar selama ini adalah fitnah semata-mata. Sekarang ni dengar sendiri pengakuan daripada mulut Linda, Linda memang tak pernah berkahwin,” katanya membuat pengakuan berulang kali.
Pun begitu, Linda mengakui sepanjang tempoh dia ‘menghilangkan’ diri, dia sempat mengusahakan perusahaan ternakan ikan di Sabah bersama keluarganya.
Yang penting, Linda dah buat comeback. Dia beritahu Zubir, dia nak buat album. Namun, Linda keberatan memberitahu siapakah komposer yang akan bertanggungjawab dalam pembikinan albumnya nanti. Hmm... tunggu sajalah.
Kesian Linda...tidak habis-habis dengan gossip kahwin. Sabar sajalahhhh...tapi apa yang pasti Linda akan buat comeback. Album? Ohh yesss...inilah yang ditunggu-tunggu oleh para peminat yang tidak jemu-jemu 'mencari' Linda selama ini. Diharapkan Linda tabah menghadapi segala dugaan. LUVs sentiasa menyokong anda!!
ps. tidak dapat scan gambar Linda seperti yang tersiar di Berita Harian sbb scanner saya rosak :( Apa2pun saya gantikan dengan gambar Linda yang kami ambil semasa perjumpaan tidak rasmi dengan beliau tidak lama dulu..
17/7/07 6:20 pm �
ngeh..ngeh....
18/7/07 12:09 pm �
tiada peluang main boling sama udui...dia KL rupa2nya hehehe
apa2pun..harap dia teruskan karier menyanyi...sayang bah..bakat ada rupa ada..
18/7/07 7:41 pm �
scias...sabar bah.klau nda dpt main boling ma udui...byk lagi permainan yg blh korang main bersama.contohnya...main 'jero point'..tu 'gatah'portable gia...blh ko bawa p KL ..ajak lah udui main 'jero point'...atau main batu ka..main sulut ka..main tapuk2 ka...main chuss ka.,klau kalah,lastik hidung..ahaksss..
18/7/07 11:36 pm �
TS
ko sms gia si Udui..bila album baru dia berada di pasaran hehehe
19/7/07 8:14 pm �
kan ko baru bercuti saaaaaaaaaana Ranau,ko nda tanya ka mama udui?..hehehe