17.10.07

Fragmen: Kejahilan juruhebah radio yang memalukan
zainurimisfar@bharian.com.my

PADA Rabu lalu, tercatat satu sejarah besar negara ia adalah hari pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Peristiwa bersejarah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, RTM1 dan Astro menerusi saluran 588. Pada hari itu juga, berlaku kesilapan mengaibkan kepada dua juruhebah ‘popular’ di radio Era, iaitu Nana dan Reza. Nana dengan tidak semena-mena menjadi panik dan kelam-kabut membacakan laporan sepintas lalu mengenai pelancaran roket yang membawa Dr Sheikh Muzaphar.

Nana menggelabah sehingga menyebut nama Dr Jamaludin Jarjis sebagai angkasawan kedua, dan mungkin sedar ia tersilap, disebutnya pula nama Sharizan! Entah dari mana Nana dapat nama angkasawan negara bernama Dr Jamaludin Jarjis dan Sharizan! Kata rakan setugas, itulah akibatnya kalau malas membaca akhbar atau media lain yang banyak menyiarkan hal berkaitan angkasawan negara.

Reza, yang jadi gandingan Nana diibaratkan sokong membawa rebah kerana dia juga tidak dapat membetulkan kesilapan Nana. Agak lucu apabila Reza mengatakan Nana ‘blur’ atau keliru tetapi sebenarnya Reza juga dua kali lima dengan Nana, kerana sama-sama tidak mengenali siapa sebenarnya Dr Jamaludin Jarjis dan nama seorang lagi angkasawan negara.

Situasi ini mendedahkan betapa cetek dan jahilnya juruhebah radio mengenai pengetahuan am dan perkembangan semasa. Betapa ‘ketinggalan’ Nana dan Reza mengenai perkembangan angkasawan negara sedangkan semua media memaparkan pelbagai artikel mengenai Dr Shekh Muzaphar dan Kapten Dr Faez Khaleed serta misi mereka menuju ke Pusat Angkasawan Antarabangsa (ISS).

teruskan baca di bharian
gambar ambil di era

0 Responses to "Malunya!"

Post a Comment