On the third day of raya seperti yang saya janjikan sama TS & Ritt, kami ke Salut untuk makan-makan. Saja mo menghabiskan sisa-sisa bonus saya :lol: Kalo ada rezeki lagi nanti kita pi Gayang pula k geng. Mungkin Noey mo ikut sekali dis time. Dengan Noey pun saya ada berjanji mo belanja. Bukan pasal saya dapat bonus sebab Noey pun dapat bonus juga, lagi besar dari bonus saya, kan Noey kan? Saya belanja konon-konon sempena kenaikan pangkat. Erm.. kenaikan pangkat yang tidak seberapa tapi saya sentiasa bersyukur sebab apa? Sebab saya tidak kena transfer ke KL. Ramai lah juga yang jeles. Bukan jeles kerana saya naik pangkat tapi jeles sebab saya tidak perlu dihantar jauh-jauh, macam si Noey hahaha (uishh..tidak baik ketawakan orang..ampunnn Noey!!)

Melencong pulak dahh..

Ok back to Salut. Jauh juga rupanya tempat ini. Sampai saya tertidur-tidur. Pemandu pelancong (Ritt) pulak bawa kereta macam mo terbang. Lajunya bawa kereta. Jangan kena saman ekor dah ler Ritt! Back-up pemandu pelancong pulak (TS) tidak tahu ke mana. Mula-mula mengekori di belakang, lama-lama pandai hilang. Rupa2nya dia singgah sana sini mencari udang. Bukan untuk dimakan di Salut tapi untuk dia BBQ di rumah dia malam tu.


Sampai di Salut. Terus order. Saya serahkan kepakaran meng-order kepada Ritt & TS. Saya tidak kisah. Semua saya telan. Kolestrol belakang kira. Saya terdengar diorang order udang 1kg. Saya menyampuk "cukup kah tu?" Si penjual pulak jawab "kalo tidak cukup, boleh order kemudian" Buli bah kalo kau!

Then, kami cari satu sudut yang kononnya privacy sikit. Sambil-sambil tunggu makanan sampai, bah! mulalah bercerita pasal si Udui. Tiada topik lain selain Udui. Apa Udui buat sekarang ini? Siapa manager dia sekarang? Bila album kedua akan keluar? Udui terpilih dalam 20 wanita paling anggun di Malaysia? Jangan lupa beli majalah EH keluaran November 2007. Siap ada dinner dengan Udui di KL 24hb November. Siapa mo pigi, dipersilakan.

Makanan sampai. Makan time! Semasa makan, ada gangguan sikit. Seekor penyengat terbang berlegar-legar di atas meja & kepala kami. Si TS mo smash pakai apa tu? Pakai tray tempat tu kicap. Biar betul ko TS! Pelayan restoran came to our rescue. Dia smash pakai tu buku menu.

Selesai makan, odoii banyak lebihan. Camana kamurang makan ni? Si Ritt saya tengok kakai-kakai saja nasi dia. Saya tanya kenapa, rupa-rupanya baru sembuh dari demam. Belum ada selera. Ish ish.. mau tidak mau tapau juga yg lebihan. Sayang bah.

On the way kami balik, saya tidak sangka dekat tu restoran ada macam mini zoo. Kira-kira mo singgah tapi macam mo hujan, kensel.


Tapi tetap singgah di puding kelapa. Kerang bakar pun ada. Tapi saya tengok diorang macam tiada semangat mo makan sudah. Makan puding sajalah. Saya ni tamaha sikit, minta konon puding dalam kelapa. Mana habis..tapau jugak! Oh ya..makan puding ni si TS pulak belanja. Ceh TS kenapa ko bayar? Kan saya bilang saya belanja. TS jawab "tidak apa, sebab saya beli kerang juga untuk dibakar malam ni" Malam tu TS ada hantar gambar masa diorang BBQ tapi saya ndak dapat siarkan gambar di sini. Censored!

ahaksss <--cara TS giggling

0 Responses to "Hari Raya di Salut, Tuaran"

Post a Comment