BEIJING: Virus menyerang hampir sejuta komputer di China ketika negara itu menyambut Hari Kebangsaan apabila rakyatnya yang bercuti duduk lebih banyak di rumah untuk melayar di Internet berbanding keluar makan angin, kata media kerajaan hari ini.

Komputer itu diserang oleh tiga jenis virus berlainan dan pada hari pertama 118,000 komputer terjejas, kata agensi berita Xinhua di laman webnya sambil memetik berita dari Beijing News.

Pada September lalu, China menghukum penjara empat lelaki kerana menulis atau mengaut untung daripada virus komputer yang menyerang lebih sejuta komputer.

Perancang jenayah itu membuat keuntungan sebanyak 145,000 yuan (RM67,550) melalui penipuan dan penjualan perisian antivirus dan mereka dihukum penjara empat tahun.

China sekarang sedang mengalami peningkatan penggunaan Internet, terutama di kalangan remaja, dan masalah seperti ketagihan, hacking dan pencurian hak milik maya juga sedang meningkat.

Awal tahun ini, Presiden Hu Jintao melancarkan kempen untuk membersihkan laman web di negara itu untuk membantu membentuk masyarakat 'bersih' sebelum kongres ke-17 parti Komunis pada bulan ini. - Agensi

Sumber Berita : bharian

0 Responses to "Sejuta Komputer di China diserang Virus"

Post a Comment