Sikit terlupa buat review konsert AF kerana masih terkejut dengan hujan ais batu di kampung saya :)

Lufya
Saya rasa pemilihan dia sebagai pembuka tirai konsert adalah disebabkan lagu dangdut yg dibawanya. Tujuan adalah untuk memeriahkan dewan. Tapi penilaian saya, tujuannya tidak kesampaian. Vokal tenggelam oleh muzik. Tapi she was a lot better than the first concert.

Toi
Ada sesuatu yg menghalang saya untuk mengikuti persembahan dia ini. A forgetable performance.

Stanly
Sudah ku bilang. Suara dia ni ndak berapa bagus bah. Nasib baik saja lagu 'You Raise Me Up' tu dia sudah nyanyi beberapa kali mengkali. Bila bagi lagu baru..habiss..hancurr

Rina
Persembahan yang biasa. Belum ada 'wow' nya. Nothing much to comment.

Alif
Rasanya key lagu ini diturunkan. Pun.. dia masih tidak sampai note tinggi. Asah lagi vokal tu.

Ika
Bila tengok dia nyanyi, malu pun ada..mahu 'tendang' dia keluar pun ada. Saya amat bersimpati dengan budak ini.

Naim
Muka blur menyanyikan lagu kelakar terus tidak menjadi. Tambah lagi kehadiran duyung yang tidak kelakar langsung. Terfikir-fikir saya, kalo Lotter yang bawa lagu ni mungkin best.

Faisal
Saya ingin mencari kesilapan dia supaya ada benda yang mo dihentam dengan dia ni hehehe. Dengan sedihnya saya akui persembahan dia menghiburkan. From nasyid to rock, from bad to better..keep it up!

Saida
Alamak, terlebih sudah! Opps! Tagline si Stacy pulak hehehe. Sudahlah lagu ni saya langsung tidak familiar ditambah pulak dibawa oleh Saida yg cukup sederhana maka terlupalah saya menghayati persembahannya. soriiiii....

Stacy
First of all, lagu ni saya kurang familiar. Infact saya geram kerana Stacy diberi lagu yg tidak fofular. Bila Stacy nyanyikan lagu ini, bak kata Ning 'meremang bulu roma'. I think I didn't breath until she finished the song hahaha. She was superb! Afundi Stacy kama...

Riz
Sudahlah rambut ala-ala tempurung si Ampal badan pulak mcm bayi sihat..adoiii..nasib baik jugalah si Adlin ada tegur si juruperunding fesyen. Dengan lagu ini vocal wise si Riz tidak teruji. Boleh lah cukup makan tapi belum boleh keluar radio :)

Nubhan
Kan saya cakap. Si Nubhan ni punya vokal yg gemersik. Dia sesuai dengan lagu ala-ala Indon. Saya harap this week dia dpt lagu yg lebih mencabar supaya dapat dinilai sejauh mana kemampuan dia. 2nd best performance of the night

Nadia
Tidak berbaloi meletakkan dia sebagai penutup tirai. Saya mengharapkan 'da boom' from Nadia tapi akhirnya saya kecewa. Maybe I expect too much from her. Lirik seakan dikunyah pastu ditabur..banyak kedengaran 'ver..' di hujung lagu. In the end, Nadia menjadi mangsa lagu 'Umbrella'. Apa-apapun, she really can dance, no doubt about that.

AC
What I like about AC is, as soon as dia dpt keputusan di dlm tangan..dia terus umumkan. Bukan mcm pengacara yang dulu2..selepas membebel..dia ambil kad keputusan..membebel lagi..tu yg boring tu..Apapun, AC improved a lot. Keep it up!

Adlin
Adlin menggantikan hot seat Ogy sekurang-kurangnya 'mententeramkan halwa telinga saya'. Pedas juga dia komen tapi tidak keterlaluan dan dia inject with sense of humour. Hopefully, Adlin will be given another chance menjadi pengkritik.

Persembahan yang best : Stacy, Nubhan, Faisal
Pelajar tersingkir : Ika
Yang sepatutnya disingkirkan : Ika lah..sapa lagi
Yang menarik - kehadiran anggota RELA :)

0 Responses to "Akademi Fantasia 6 - Konsert Kedua"

Post a Comment