Sebelum saya memblog perkara ini, saya sudah minta izin daripada Noey :) Noey, die-hard-fan Linda pun terkejut bila saya bagi tau Linda keluar di majalah Mangga.

Saya dan Noey sebenarnya sudah lama tidak membeli majalah Mangga. Bukan apa tapi kami rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan majalah ini. Posing artis-artis, terutamanya yang perempuan dalam majalah ini seolah-olah dibuat-buat untuk menarik minat pelanggan. Adegan seksi dan fotografi di dalam kolam mandi adalah satu kemestian. Tu pasal kami meluat opps!

Dibuatkan cerita, si Juli came to my office. Juli ni salah seorang peminat Linda juga. Apa-apa perkembangan Linda dia mesti tahu. Si Juli ni lah juga informer saya kalo Linda keluar di majalah atau di TV:


Juli : Sudah beli majalah Mangga?
Saya : Kenapa? Ada gambar Linda kah?
Juli : Ya
Saya : Keluaran bila?
Juli : Kurang pasti tapi mesti yang terbaru punya. Banyak lagi di kedai.
Saya : Ko ada beli?
Juli : Tiada.
Saya : Kenapa? Mesti ada sebab ni?
Juli : Linda sama dengan Shawal. Ko pigi lah beli.

During lunch time, saya pun beredar ke kedai si Ah Chai. Nampak saja terus beli. Tanpa tinguk-tinguk lagi kandungannya. Bila balik ofis sambil makan-makan saya belek majalah tu. Nampaklah gambar si Linda dengan Shawal AF5. Terus terang saya cakap, saya tidak pernah nampak Linda bergambar dengan lelaki. Mungkin ada tapi tidak seperti ini. Siap 'berpeluk'. Tidaklah teruk tapi rasanya tidak sesuailah. Tiada salahnya bergambar dengan sesama rakan artis tapi perlu kah dia berpeluk macam tu? opps! Harap Linda kalo terbaca coretan saya ini, dia tidak melenting. Kada kotogod kio Linda :)


Selepas lunch time, bersambung lagi perbualan saya dengan si Juli.

Saya : Patutlah ko tidak beli majalah tu.

Juli : Ya. Saya tidak suka tengok. Tidak pernah saya tengok Linda bergambar macam tu. Geli saya!

Saya : Biasalah. Majalah Mangga memang suka eksploitasikan artis.

Juli : Tapi Linda boleh bantah bah!

Saya : Biarlah. Itu hak dia. Badan dia. Ikut suka hati dialah. Kita ni peminat saja. Tapi kalo boleh kita tidak mau artis kesayangan kita buat fotografi macam tu.

Juli : Ya bah kan.
Saya : Sekurang-kurangnya ada juga cerita pasal album dia. Ramli MS pula yang bantu tu. Bestnya. Harap-harap meletup!

Terlanjur scanning gambar Linda, saya scan juga gambar-gambar artis dari Sabah. Layanlah!

Ebi AF5


Ayu OIAM2

Pija Mentor1


Stacy AF6

5 Responses to "Linda Nanuwil di Majalah Mangga"

  1. Anonymous Says:

    aargghh...saya pun geli...

  2. RaudahD Says:

    udui ...
    dia nampak lain ..

  3. SciaS Says:

    hi ziah & raudah

    nak buat camana...tuntutan fotografi..sy cuma harap Udui x menjadi mangsa

  4. tanak wagu kg tudangan Says:

    alah, jangan hairanlah kalau si linda tu. di kg pun perkara biasa bah bagi dia untuk bergambar sambil berpeluk-pelukkan dengan lelaki tu. siap duduk atas paha dan duduk terkangkang lagi. siou kio Udui.

  5. Anonymous Says:

    sy pula tdak la mau komen lebih2 tp sbgai peminat linda, sy harap sgt linda tdak mnjdi artis yg mudah diperlakukan seadanya..sy snjung linda sbab dia seiman dgn sy dn sy hrp dia akan sentiasa kuat iman untk mnghadapi segala kemungkinan kelak..go linda! dun give up!

Post a Comment