Diari Part 1


Semua pelajar kali ini dibawa keluar dari akademi. I couldn't catch the name of the place they went, tapi dengar Nubhan cakap 'a homestay'. Maybe somewhere in Negeri Sembilan sebab Nubhan cakap jalan ke rumah dia sudah 'limpas'.

Walaupun di luar akademi, surat wasiat tetap dibaca. Kali ini dibaca oleh Riz. Macam biasa, pelajar yang terkeluar mesti wish pelajar yang tinggal "buat yang terbaik" :D

I can see them they enjoyed themselves and had a lot of fun. Ok lah tu, yang penting keluar sekejap dari 'air-cond'. They need fresh air, bukan dedebu car drifting atau air laut!

Diari Part 2

Penilaian pengetua terhadap persembahan yang lalu. Nadia kena bantai lagi! Tidak cukup kah dia dibantai masa diari dulu? Apa kes pulak bawa pelajar masuk bilik vokal? Ingat budak-budak tu bengap sangatkah? Diorang taulah bilik tu ada kamera. Mana mungkin diorang mengaku mana cikgu yang tidak ok. Tunggu keluar akademi dulu baru korang tanya balik budak-budak tu. Terdengar pula statement one of the cikgu "macam kita ini tidak dihargai?" Malaslah mo komen. Saya sebenarnya sejak dari awal lagi tidak setuju pemilihan dia sebagai one of the tenaga pengajar. Ish! biarlah tu. Tinggal berapa minggu lagi mo habis sudah AF.

Pemberian tugasan minggu ini:

Nadia - Karma (Coklat)
Nubhan - Hanya Engkau Yang Mahu (Aizat)
Riz - Laskar Cinta (Dewa)
Stacy - Gembira Hidup Ini (Farah)
Stanly - Naluri Lelaki (Samsons)
Toi - Kasih Berduka (M. Osman)

Lagu Bonus

Sembunyi - Misha/Andy Flop Poppy
Paling Comel - Nana/Achik
Tak Tahu Antara Dua - Adam/Farah

Seperti biasa saya tidak pernah dengar lagu yang Stacy dapat. Semalam, diakui oleh Stacy sendiri "kenapa saya selalu dapat lagu yang saya tidak pernah dengar?" Amik kau! Bukan saya saja rupanya, even Stacy sendiri pun sudah menyedarinya. Tapi apa-apapun, saya mengharapkan Stacy dapat menghidupkan lagu ini sama seperti lagu-lagu yang dibuat sebelum ini. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati saya (wah!), mengetahui tujuan sebenar lagu ini diberikan adalah untuk mempopularkan lagu ini dan penyanyinya! Opps! terlebih sudah!

Macam korang tidak tau apa mo buat - Afundi Stacy dan hantar ke 32999

0 Responses to "AF6 - Tugasan Minggu Kelapan"

Post a Comment