Che'Nelle senang berbahasa Melayu ketika ditemubual deejay X.Fresh

BERTAHUN dia merantau, meninggalkan bumi Malaysia yang tercinta dan menetap di Perth, Australia. Namun begitu, semangat dan jati dirinya sebagai anak Malaysia masih utuh. Malah, loghat Sabah Che'Nelle masih pekat ketika berkomunikasi sewaktu dia menjadi tetamu istimewa stesen radio X.Fresh FM baru-baru ini.

Menariknya, sepanjang sesi 'on air', penyanyi yang begitu popular dengan lagu I Fell In Love With The DJ dan Hurry Up ini lebih senang berbahasa Melayu ketika ditemubual deejay yang bertugas iaitu Burn dan Hunny Madu. Seperti kata pepatah, ular yang menyusur akar takkan hilang biasanya, begitulah juga yang dapat digambarkan mengenai penyanyi ini.

Popular di luar negara tidak bererti Che'Nelle mudah lupa asal usulnya. Malah ketika ditanya siapakah artis Malaysia yang diminatinya, segera dia menyebut nama kumpulan Search serta penyanyi wanita popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Paling menyeronokkan apabila dia sempat juga mendendangkan sebaris dua lagu popular kedua-dua penyanyi itu iaitu Isabella dan Wajah Kekasih sebagai bukti minatnya itu.

"Sebenarnya saya memang meminati lagu Melayu dan teringin untuk merakamkannya dalam sebuah album. Namun hasrat itu terbantut apabila saya menghadapi kesukaran untuk mencari penulis lirik yang sesuai untuk saya.

"Justeru, apabila pihak X.Fresh terutama Burn menyatakan kesudiannya mencipta lirik Melayu untuk lagu saya, saya rasa teruja sangat. Selepas mendengar hasil kerja Burn itu, saya begitu menyukainya dan berharap lagu yang ditukar lirik menjadi DJ Yang Ku Puja juga disukai peminat di sini," ujar gadis yang memiliki nama sebenar Cheryline Lim ini.

Biarpun hanya sempat menetap di Sabah sehingga usianya 10 tahun dan kini memegang status kewarganegaraan Australia namun tanah tumpah darahnya tidak sesekali dilupakan.

"Walaupun kini kami bermastautin di Australia namun saya tidak pernah melupakan Malaysia. Di rumah, kami sekeluarga masih bertutur dalam bahasa Melayu Sabah. Dan setahun sekali atau dua, kami akan pulang ke Sabah untuk bertemu saudara mara," ujar gadis berkulit hitam manis ini ramah.

Meminati penyanyi Anuar Zain, Che'Nelle meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Jejaka Idaman Malaya ini suatu hari nanti. "Saya suka Anuar Zain kerana dia memiliki mutu vokal yang mantap. Saya juga kenal dengan kakaknya, Ziana Zain. Kalau boleh saya memang teringin untuk bertentang mata dengan Anuar. Pasti seronok," dedah Che'Nelle sambil tergelak besar.

MENJANGKAU usia 25 tahun pastinya Che'Nelle tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai jodoh. Seakan mengerti apa yang bermain di benak penulis, Che' Nelle berkata dia masih belum bersedia untuk menuju ke arah itu.
"Macam mana hendak berkahwin sedangkan teman lelaki pun tidak ada. Sejujurnya saya sendiri belum memikirkan perkara ini secara serius.

"Masih banyak lagi yang ingin saya kejar terutama dalam bidang nyanyian.Saya hanya memikirkan soal teman lelaki selepas tempoh lima tahun akan datang.

"Apapun, jika ditanya lelaki bagaimanakah yang menjadi pilihan, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya lebih senang memilih jejaka dari Asia," dedah Che'Nelle yang gemar menyebut perkataan Aisey setiap kali berbicara.

INFO: Cheryline Lim
Nama Komersial: Che'Nelle
Tarikh Lahir: 10 Mac 1983
Umur: 25 tahun
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Pendidikan: West Australian Academy of Performing Arts
Hobi: Berkaraoke, menonton wayang dan melancong
Kerjaya: Penyanyi dan komposer Album: Things Happen For A Reasons
Pencapaian: Lagu ciptaannya I Fell in Love With the DJ menduduki carta 98 Billboard Hot 100.

komen:
Morale of the story, korang jangan komen pertuturan Linda Nanuwil dan Stacy AF6 yang sememangnya masih pekat dengan loghat Sabah! Diorang tu sebenarnya, tidak lupa asal usul. Saya harap Linda dan Stacy akan kekalkan identiti Sabahan!

4 Responses to "Che'Nelle - Tidak Lupa Asal Usul"

  1. Anonymous Says:

    i luv ur comment................
    "Morale of the story, korang jangan komen pertuturan Linda Nanuwil dan Stacy AF6 yang sememangnya masih pekat dengan loghat Sabah! Diorang tu sebenarnya, tidak lupa asal usul. Saya harap Linda dan Stacy akan kekalkan identiti Sabahan!"

  2. SciaS Says:

    yes...orang mengenali kita melalui pertuturan kita..so jgn malu menggunakan loghat sabah walaupun kita berada di semenanjung

    cuba tinguk artis indonesia...diorg mcmanana sekalipun akan menggunakan loghat mereka..diorang x malu pun

  3. Anonymous Says:

    iya dong..malah ramai pengacara msia ..ikut slang indon bila t/ramah artis indon..tp durangnya pngacara x pena slang malayu klau jumpa artis msia...aduiiiii...banar?

  4. SciaS Says:

    ya betullll....

    so balik kpd cerita artis sabah yg berhijrah ke semenanjung...semoga mereka kekalkan identiti sabahan..supaya mereka mengenali kita melalui pertuturan

Post a Comment