Namun ia juga permulaan bagi fantasi AF keluarga Stracie Angie Anam. Namun tiada siapa antara mereka yang tahu
Di depan kaca televisyen itu adalah Stacy dan ibunya, Agnes, menonton salah satu konsert AF yang disiarkan secara langsung dari
Mereka di Sabah, sedang berangan-angan jika suatu hari nanti termakbul, apakah lagu yang bakal dinyanyikan Stacy kelak?
Mesra dan sememangnya di AFUNDI dengan nama Stacy, 18, dia mengimbau perjalanan impiannya di depan kaca TV itu bersama ibu
Dia kini sedang didandan cantik untuk sebuah fotografi bagi salah sebuah akhbar hari Ahad dengan menjadi muka depannya.
Gadis Kadazandusun ini memegang kata-kata bahawa kalau kadangkala kita bermimpi, mimpi itu bakal jadi nyata.
Tidak perlu saya ungkaikan siapa Stacy dalam AF kerana
Apa yang saya nampak di depan mata saya ialah seorang Stacy yang masih tercengang-cengang dengan jadual yang perlu dihadirinya. Belum seminggu dia bergelar juara, jadualnya sudah menuntut dia untuk hanya tidur sekitar dua hingga tiga jam sehari.
Apa yang dia rasakan kini dan apa yang paling tidak disangkakan? Saya tanya diri sang juara.
"Saya terkejut dengan jadual yang saya tempuhi dan akan saya lalui. Rasa macam 'eh, apa ni?'
"Dan pastinya saya kaget apabila disapa para peminat. Kebanyakannya bukan memanggil nama, sebaliknya berteriakkan tagline saya - wah dan alamak!," ujarnya dalam wajah separa letih namun gagah tersenyum ikhlas.
Di samping mengikut jadual fotografi, Stacy juga diekori oleh jurukamera khas untuk rancangan Aku Stacy yang akan bersiaran sembilan episod pada pertengahan Jun ini.
"Saya gembira dan tidak kekok dengan penggambaran ini. Nanti para peminat akan dapat mengetahui perjalanan hidup saya setelah bergelar juara," jawab Stacy yang sebenarnya mesra kamera.
Yang sedang panas akibat AF, program yang dianggap sesuai bagi bakat 'muda' untuk masuk ke industri hiburan, dunia yang boleh membuat orang popular dan bergelumang hadiah di samping menonjolkan bakat yang terpendam.
Apa perancangan Stacy, saya tanya. Jauh dia merenung sebelum menjawab, sejauh tenungan itu jua. "Saya rancang untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang hiburan ini.
Sambungnya juga, dia ingin menyambung pelajaran, melengkapkan kriteria sebagai pelajar sekolah menengah iaitu dengan memegang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia berkira-kira untuk menyambung pelajaran di
Saya tanya dia kembali, kelak jika dia mengambil keputusan peperiksaan, satu
Walau digelar dengan nama 'Stress' oleh teman-teman sekolah ekoran namanya Stracy, dia mempunyai keperibadian yang berbeza.
"Saya tak suka tertekan atau murung kerana saya seorang yang happy go lucky. Kalau menghadap suasana sedih seakan gelap dunia saya rasakan.
Ujarnya dengan jujur bahawa dia sebenarnya mempunyai rasa takut untuk berhadapan dengan dunia barunya ini. Dia takut sesuatu akan terjadi tanpa dijangka.
Namun dia bersedia untuk menghadapi semua itu. Berkat, katanya, mimpi boleh jadi nyata. Dan lagi, kalau berani mencuba, peluang dan kejayaan pasti ada. Itulah seorang Stacy.
0 Responses to "Stacy di Kosmo!"
Post a Comment