9.2.09
Saya orang Sabah tapi kenapa saya posting pasal kejayaan budak dari Kedah dalam sukan Squash? Pelik? hehehe
Sebenarnya, artikel di atas telah menarik perhatian saya kerana salah seorang budak yang bermain cemerlang iaitu Aika Azman, adalah anak kepada seorang kawan saya, Puan Anis Haniza yang berasal dari Kedah. Anak-anak beliau cemerlang dalam sukan Squash. Malah semua anaknya berkecimpung dalam sukan ini. Apa yang penting, kawan saya ini adalah seorang ibu yang cekal dan sabar menemani anak-anaknya yang sering bermain Squash di seluruh negeri. Beliau sanggup mengambil cuti beberapa hari untuk menghantar anak-anaknya sambil memberi semangat kepada mereka.
Mereka ini adalah pelapis kepada Pemain Squash Nombor 1 di Dunia iaitu Datuk Nicole David yang berasal dari Pulau Pinang. Dari Sabah bila lagi?
Semoga anak-anak Puan Anis kekalkan prestasi cemerlang dan sentiasa berjaya!
ps. will blog on American Idol 8 soon.....
9/2/09 11:31 pm �
Wah..ini barulah ibu yang patut dicontohi...Syabas!..Perlu ramai lagi persons macam dorang ni kan...Scias
10/2/09 8:27 am �
Memang betul Sogoh, kawan saya tu selalu menemani setiap kali anak2nya ada pertandingan squash di seluruh negeri...tabik sama dia!
13/2/09 1:36 pm �
Harap usaha kawan ko tu tidak sia2 dan pastinya berhasil...
p/s scia...rename balik tu link sya pi sogoh ja...k , TQ scias