30.4.09
Selepas menonton ulangan American Idol pada pukul 8 malam semalam, saya tukar channel ke 104. Pada ketika itu, saya sempat dengar Sarimah cakap "sila beri komen anda samada perlu atau tidak diadakan AFMasuk?" What??!! Sudah-sudahlah tu. Yang sudah keluar, biarkan dia keluar. Tidak perlu dimasukkan lagi. Mungkin ada hikmah di sebalik penyingkiran si Aril tu [pelajar kegemaran anak principal, katanya].
Kata nak transformasi. Apa kes AFMasuk lagi? AFMasuk sudah tidak relevan. Orang sudah bosan dan meluat. Menghabiskan duit orang saja.
Pagi tadi saya terbaca Berita Harian bertarikh kelmarin [orang baca paper hari ini, saya pula baca paper kelmarin yang sudah basi]. Apa yang menarik minat saya adalah nama Linda Nanuwil disebut kembali. Maklumlah, Linda kan sinonim dengan AFMasuk ;) Setiap kali ada ura-ura AFMasuk, nama Linda pasti disebut. Ok lah tu, ini bermakna, orang masih ingat dengan Linda. Saya ambil sedikit petikan berita tersebut:
PENYINGKIRAN peserta yang dilihat berbakat dalam rancangan AF
sebelum konsert akhir memang sudah beberapa kali berlaku.
Linda Nanuwil pernah merasai pengalaman itu pada AF2,
manakala Idayu pula mengalaminya pada musim ketiga.
Berita selanjutnya, klik di sini. Sekurang-kurangnya, umum mengakui bahawa Linda Nanuwil sebenarnya berbakat. Biasalah tu, time nak bandingkan dengan seseorang Linda pasti dipuji. Kalo tidak, dia asyik dikutuk. Kononnya dia tu artis recycle. Lumrah dunia artis lah kan! [relek ko sana Udui! miss you like crazy tau!]
Tersingkir tidak semestinya gagal. Setakat yang saya lihat, Aril berpotensi untuk maju. Beliau ada bakat dan ada attitude lain dari yang lain. So, tidak perlu buang masa untuk masukkan dia balik ke akademi. Dalam erti kata lain, SAY NO TO AFMASUK!
pic credits to Pirut
30/4/09 9:16 pm �
''Berita selanjutnya, klik di sini. Sekurang-kurangnya, umum mengakui bahawa Linda Nanuwil sebenarnya berbakat. Biasalah tu, time nak bandingkan dengan seseorang Linda pasti dipuji. Kalo tidak, dia asyik dikutuk. Kononnya dia tu artis recycle. Lumrah dunia artis lah kan! [relek ko sana Udui! miss you like crazy tau!]''
pewwwitt..huiyooo..ni baru la real punya statement !..ahakss
30/4/09 9:21 pm �
Miss Ahakss
Sy tau ni siapa ehehehe
Itu lah yg dinamakan statement maut hahahaha..
30/4/09 9:53 pm �
ya bah..katara betul ko langadon ma c udui..
ni la dikatakan die hard fan yg REAL..hahahaaa...
msti la ko tau sepa sia..tgk ip adress bah
baru pagi td kita berselisih kereta .
1/5/09 1:34 am �
mana uda c linda skang..x kena update uda blog dia, sya pun pminat dia jg kaka ni..hehe
1/5/09 5:29 pm �
Aik...di mana kita berselisih tu? Paling tidak pun Donggongon lah bah tu kan hehehehe
1/5/09 5:30 pm �
swity..
ada bah si Linda tu..kebanyakan show dia di sekitar sabah saja..
blog dia saya kurang pasti siapa yg jaga..mgkin sibuk mengkali kan
apa2pun..teruskan meminati Linda kio ;)
3/5/09 9:57 pm �
Hi Geng rindu udui ye..well nanti kaamatan DBKK ada dia tu but i not sure bila hari dia perform..nanti i confirm...kita serbu di KK kio
5/5/09 7:12 pm �
bah Marie..
jgn lupa info kami..rindu bangat sama Linda sdh ni :)
5/5/09 9:49 pm �
HI HI SciaS..nah confirm la hari ni keluar paper daily express si udui nyanyi nanti DBKK Kaamatan on the 14th May..since DBKK Kaamatan tu 3 hari saya rasa program dia begini coz everything tu malam program dari 6pm onwards so on the 14th may tu all the artis2 la nyanyi and of course si udui ada, and then 15th may tu sugandoi final, and 16th may to Unduk Ngadau...teng teng teng..so kami pun ada di sana..mau cuba dapat tempat menjual so datang2 la tengok2 kami kio!
6/5/09 1:55 pm �
alamak...tidak terbeli DE ari ni...kena cari info ni..kasi post dlm blog hehehe
thanks for the info kio...nanti kami serang kamu sana...kalo ada udui..buli gambar2 ka tu? and otograf hehehe