Dave&Lori eliminated in Episode 6

adusss...sibuk betul saya ari ni, kepala otak pun mcm mo meletup saja! Satu saja pemangkin semangat saya utk terus bekerja ari ni...bisukkk cuuuutii...dan balik2 saya fikir ini malam ada 'Lost'..salah satu siri TV kegemaran saya juga. Satu saja kebaikan bila kita terlalu sibuk, kita tidak sedar masa berlalu. Sekali dongak jam di dinding..aik..pukul 5 sudah pula...yesss!

ok lah, sebenarnya saya mo sambung siri The Amazing Race 9. Minggu lalu episod 6 tinggal 7 team yg bertarung. Diorang berada di Siracusa, Italy. Mula2 diorang buat 'Detour' - samada jual ikan atau menghantar ikan. 6 team ambil keputusan hantar ikan. Hanya Fran & Barry saja yg jual ikan. Bah diorang ni sudah berumur kena lah pilih task yg senang. Tapi yg paling bikin girigitan sama saya ialah pasangan Monica & Joseph. Si Monica bilang "this is the worst thing that i've ever done in my life". Cehh..kerja senang saja pun mcm susah betul bagi diorang.

'Road Block' pula, salah seorang dlm team kena buat road block. Dan kali ini, diorg main bola menggunakan 'Kayak'. Saya tengok senang saja, semua boleh buat. Lepas tu, barulah diorg lari ke pit stop mencari si Phil.

Sekali lagi, Eric & Jeremy memenangi race ini. Diikuti oleh si BJ & Tyler. Dan yang malang adalah pasangan Dave & Lori, pasangan yg mengaku 'nerd' hehehe. Diorg ni kalah sbb diorg caught in traffic. Teruk pula traffic jammed di Italy mmg x bergerak itu kereta.

Lori bilang "It's disappointing to be leaving the race, but we ran a great race". Dave pula ckp "I already got the prize doing the race with someone I love dearly. Hopefully, this adventure will launch our adventure in life together. Nerds rule!"

Perasan ka tidak? So far this race dominated by Eric & Jeremy dan BJ & Tyler. Tengok ni:
Episode 1 Eric & Jeremy
Episode 2 BJ & Tyler
Episode 3 Eric & Jeremy
Episode 4 Eric & Jeremy
Episode 5 BJ & Tyler
Episode 6 Eric & Jeremy

hmmm...adakah di antara dua team ini yg akan memenangi US$1 million? Jom saksikan siri ini di AXN setiap hari Khamis pukul 9.00 mlm!


0 Responses to "The Amazing Race 9 Episode 6"

Post a Comment