Wahhh...mula-mula dicalonkan sebagai Lagu Baru. After one week, naik melompat ke tangga-10. Dia tidak toleh2 ke belakang lagi. Lagu ini terus memperbaiki kedudukan di minggu ini iaitu di tangga ke 8. Gua caya sama Linda Nanuwil dengan lagu hitsnya ketika ini "Jika Kau Kekasih".

Pada mulanya saya confident lagu ini dapat masuk Top 5 tapi tidak apa. Orang bilang, jangan terlalu tamak. Yang penting kedudukan lagu ini ada peningkatan. No. 8 pun okkey juga. Lagipun, No. 8 favourite number si Cath...muahahaha.

Selain Linda, lagu Nikki Palikat feat. Zahid iaitu "Caramu" juga telah memperbaiki kedudukan dari no. 19 minggu lepas, minggu ini almost masuk top 10.

By the way, undian hanya dibuka pada hari Khamis di mana kebiasaannya hari Rabu sudah boleh undi. Hmmm..harap2 Hot FM dapat update senarai carta lebih awal supaya para peminat ada banyak masa untuk mengundi. Walaupun dapat undi 3x saja tapi kita bolehlah promosi atau uar2kan kepada semua kawan atau saudara mara kita supaya dpt mengundi lagu kegemaran diorang.

Berikut adalah kedudukan Top 10 di minggu ini. Pls take note, nombor dlm kurungan adalah kedudukan mereka di minggu lepas.

01. (01) Radja - Jujur
02. (04) Siti Sarah - Tinggal Serpihan
03. (03) Ratu - Teman Tapi Mesra
04. (02) Akma - Percaya Pada Cinta
05. (06) Awie - Iris
06. (05) Farahwahida - Tanpa Mu
07. (12) Ruffedge - Lemas
08. (10) Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih
09. (09) Khadeeja - Dia Milikku
10. (14) M. Nasir - Juwita (Cinta Terindah)

Lirik Lagu Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih (Lagu: Ajai & Lirik: Nurul)

Tidakkah terasa
Beban yang aku pikul
Menyiksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan

Dan jika kau kekasih
Yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti..

Cho:
Kata Hati
Merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu
Tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih
Harus ku alami
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggup ku harungi hidup
Bersama dirimu
Meninggalkan semua
Yang aku cintai

Jika Kau Kekasih
Senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerungsingan kasih

Jika Kau Kekasih
Yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan

Bilakah kau akan mengerti..

0 Responses to "Carta Hot FM Tiga Puluh 09.04.2006"

Post a Comment