Saya 100% menyokong tajuk di atas! Astro mengaut keuntungan berjuta-juta tapi keluhan pelanggan diabaikan. Click here for the full news.
Antara ketidakpuasan hati saya dengan langganan Astro:
Bayaran Langganan
Teramatlah mahal! Kalo setakat langgan pakej basic, apalah yang kita dapat? Mau tidak mau terpaksalah melanggan pakej yang lain tapi impaknya amat dirasai apabila tiba masa bayar bil.
Iklan
Sepatutnya, iklan ditiadakan. Kita sudah bayar beratus ringgit untuk menikmati rancangan yang kita gemar tiba-tiba pula diselitkan dengan iklan. Saya pasti, iklan itu bukan percuma. Pengiklan-pengiklan akan membayar sejumlah duit kepada Astro. Berapa kali Astro mo untung? Kalo TV3 atau RTM yang menyiarkan iklan memanglah difahami sebab tiada yuran dikenakan untuk melanggan kedua-dua station ini.
Decorder
Kita bukan sengaja merosakkan dekoder kita. Ianya rosak sebab sudah sampai masanya dia rosak. Tapi alangkah terkejutnya saya apabila saya melaporkan kerosakan dekoder saya, Astro suruh bayar RM100.00++
SmartCard
Begitu juga dengan smartcard. Kalo smartcard rosak atau hilang, kita dikenakan bayaran sebanyak RM90.00.
Siaran Terganggu - Part 1
Lazimnya bila masa hujan saja biar hujan renyai-renyai ka, hujan lebat ka atau taufan melanda ka CONFIRM siaran akan terganggu. Kalo hujan berjam-jam, berjam-jamlah tidak dapat tengok TV. Bil tetap jalan!!
Siaran Terganggu - Part 2
Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba siaran terganggu jugak. Kita tertanya-tanya. Lapor kepada Astro. Kontraktor datang. Kontraktor adjust ke kiri ke kanan satellite disc barulah siaran pulih. Tapi ingat, kontraktor datang bukan percuma! Kena bayar RM50.00!!
Siaran Ulangan
Rancangan diulang-ulang sampai berbulan-bulan. Ulangan ini memang ada kebaikannya bila kita ter-miss sesuatu rancangan kita boleh tengok ulangannya. TAPI jangan sampai diulang berbulan-bulan. Bosan! Asyik the same programme ditayangkan. Movies pun banyak yang hampeh. Frankly speaking, dalam 3 saluran movies, saya tidak pernah tengok saluran 412!! Entah zaman bila punya movie diorang ulangtayangkan. Kita bayar maaa...so kita berhak tengok movie yang latest, yang terbaru, yang terkini!
AstroView
Tiba-tiba datang borang soalselidik. Suruh isi butir-butir peribadi termasuk income kita. Apa kaitan?? Punyalah pandai, konon-konon bila kita sudah isi borang soalselidik, AstroView akan diberi percuma selama setahun. And then apa terjadi? The next issue, kita kena suruh bayar RM4.00 per month!! Berapa juta pelanggan Astro? Let say ada sejuta pelanggan darabkan dengan RM4.00. Astro untung berapa dalam sebulan?? In the end, I returned the questionnaire dengan remark "Tidak Berminat untuk Melanggan"
Kalo diteruskan, I think the list will go on. I just hope somebody like Datuk Shaziman Abu Mansor do something about this. Kami sebagai pelanggan teraniaya dan tertipu secara senyap.
Mungkin ada di antara kamu cakap, kalo banyak komplen, kenapa melanggan?? Saya melanggan supaya tidak mau ketinggalan. I need to know what's happening around me? What is happening around the world. Kalo tidak, masa kan saya berabis melanggan dengan yuran sebanyak RM141.00 per month!!
Tapi terdetik juga di hati saya, kalo saya beli parabola, walaupun mahal tapi long termnya tidak merugikan. Cuma parabola ini tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa itulah masalahnya. Kalau lah ada syarikat lain yang perkenalkan station TV berbayar yang baru - saya tidak akan teragak-agak untuk melanggan. As long as the new station provide the same programmes like astro or who knows BETTER than astro!!
0 Responses to "Berita Harian : Astro Tidak Serius dengan Rungutan Pelanggan"
Post a Comment