Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merayu kepada pihak-pihak tertentu kalo mo jemput artis tempatan untuk buat persembahan jangan kedekut. Kalo setakat bayar RM500, bayar sewa baju pun tidak lepas. Belum masuk bayar make-up, transport, makan & minum dan banyak lagi. Camana gia mo survive kan?
Tapi yang bestnya, banyak-banyak mo diambil contoh, artis kelahiran Akademi Fantasia (AF) jugalah pilihan Datuk kan. Betul tu Datuk! bayaran untuk artis AF ni mahal gila. Siap minta penerbangan first class dan hotel sekurang-kurangnya 3 bintang untuk si artis dan juga untuk krew-krew. Kalo show tip-top tidak apa lah juga. Tapi kalo setakat melalak di pentas buat apa? buang duit saja! Hati-hati ambil artis keluaran AF6. Ramai yang nyanyi sumbang :lol:
Layan berita sepenuhnya di sini.
0 Responses to "Nasib Artis Tempatan Sabah Dapat Perhatian Menteri"
Post a Comment