Diari Part 1
Kelihatan para pelajar sedang di-grooming. Ada photo-shoot katanya. Tapi mula-mula Stacy dan Stanly tidak kenampakan. Rupa-rupanya diorang lambat sebab diorang pi church. Mengikut Stanly, ada mother's day celebration buat di church jadi diorang terpaksa bersembunyi dulu takut diserbu. Wah! ada orang serbu ka?
Then, diorang buat kad or more or less lukisan untuk mak diorang sempena Hari Ibu. Diorang persembahkan depan kamera. Stanly menahan sebak. Yang lain kelihatan ceria saja. Si Stacy pula nampak macam betul-betul ikhlas minta maaf sama mummy dia sebab tidak dengar nasihat sampai dia drop-out from school. If I'm not mistaken, Stacy berhenti semasa di tingkatan 4. Mengikut sumber dari SMSM, si Stacy sebenarnya termasuk dalam golongan student yang genius. Dulu dia budak 'Amanah' - meaning the best class in that school.
Diari Part 2
Nafadifia mefengufumpafat defengafan Rifiz. Wah! F-Language. Saya tidak berapa expert dengan F-Language sebab dulu-dulu kami buat P-Language.
Mapacapam rapapapat pupalapa bupudapak beperdupua ipinipi. Gepedipik sepemapacapam sapajapa :lol: Sapayapa papastipi AC apakapan tapanyapa mapasapa koponsepert napantipi papasapal bapabapak mepengupumpapat ipinipi.
Sesi penilaian pengetua konsert minggu lalu. Toi dikatakan meningkat. Nadia back to square again. Riz bad performance (bad? bukan worst ka? hehehe) Stacy pula stagnant katanya walaupun meningkat. Nubhan flat, off key dan angsa. Stanly? Saya lupa apa RMS cakap hehehe tapi saya rasa it was a positive comment.
Pemberian tugasan minggu ini :
Lagu bonus (Duet)
Stacy/Nubhan - Ada Cinta (Acha/Irwansyah)
Nadia/Riz - Endless Love (Diana Ross/Luther Vendross)
Stanly/Toi - Lagu Jiwa Lagu Cinta (M.Nasir/Mawi)
Tugasan individu
Nadia - Lelaki Buaya Darat (Ratu)
Last week dapat lagu Coklat. This week dapat lagu Ratu. Adakah suara dia hanya sesuai untuk lagu-lagu Indon saja? Tapi apa yang pasti, suara Nadia memang sesuai lagu ini, so tiadalah dia kena kritik tahap power ranger minggu ini.
Nubhan - Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Gumbiranya budak ini dapat lagu Kerispatih. Konon-konon lagu kegemaran dan sesuai dengan husky voice dia.
Riz - Rock Around the Clock (Bill Haley)
Statement Riz "Ini lah pulak AF. Ingatkan minggu lalu dapat lagu bukan kegemaran dan minggu ini dapat lagu kegemaran. Ini tidak, dua minggu berturut-turut dapat lagu tidak digemari" Relek ko sana Riz. Linda Nanuwil dulu bukan saja dua minggu tapi berminggu-minggu dapat lagu yang ntah apa-apa.
Stacy - Beat It (Michael Jackson)
Alamak! Stacy tidak familiar lagu ni? Kalo dulu saya selalu komplen Stacy dapat lagu yang saya tidak pernah dengar, minggu ini pula dia dapat lagu yang meletup-letup sekitar tahun 80-an. Tapi yang peliknya Stacy tidak pernah dengar katanya. Saya rasa, masa permulaan muzik tu Stacy blur - she expects another a not-well-known-song given to her. Bila sudah masuk 'beat it...beat it..." barulah si Stacy perasan lagu tu (harap-harap pemerhatian saya ni betul hehehe).
Another song yang memerlukan Stacy menari 'ganaz' di atas pentas. Come on Stacy, you can do it! Jangan nangis kio. Hentam saja yang penting ko menari kaw-kaw
By the way, siapa-siapa yang arif pasal dunia hiburan, can anybody tell me, beside Stacy, siapa lagi penyanyi perempuan yang pernah bawa lagu ni? Tidak termasuk Fergie yang pernah featuring untuk MJ.
Stanly - Kerana Kau (Alleycats)
Another well-known song. Evergreen tu. Saya rasa Stanly tiada masalah dengan lagu ini.
Toi - Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)
Tunggu jap. Bukankah 'Seri' tu nama bini Toi? Anybody please correct me kalo saya tersilap.
Toi pernah bawa lagu ni. Lirik sudah siap dihafal. Tinggal lagi mo kasi turun key sebab tinggi sangat katanya. Semalam dia sudah cuba tapi terkehel, tergelincir, terkantoi, terkucil..u name it!
Jangan lupa, SMS Afundi Stacy dan hantar ke 32999
0 Responses to "AF6 - Tugasan Minggu Kesembilan"
Post a Comment