Another double elimination! Tapi kali ini semuanya telah dirancang dengan teratur. Kenapa pihak Astro menyingkir dua orang pelajar sedangkan Aishah mendapat 13% undian dan Claudia mendapat 11% undian. Kalo kedua-duanya mendapat 11% undian, mungkin ada alasan juga kan. Tapi ini tidak. Sepatutnya hanya Claudia yang keluar. Tapi oleh kerana perancangan telah dibuat awal-awal lagi maka terjadilah penyingkiran dua pelajar.

Sampai sekarang, kami di pejabat ketawa terbahak-bahak bila kami flashback lakonan principal Tiara pada hari Sabtu yang lalu. Mungkin diorang ingat kita ni bodoh sangat sampai tidak dapat membaca setiap lakonan diorang. Sedangkan pada malam tersebut, AC Mizal sudah tersasul mengucapkan 'syabas' kepada Aishah dan Claudia sedangkan Tiara belumpun membuat pengumuman.

Siapa-siapa yang tidak mahu diperbodohkan oleh taktik Astro - SILA JANGAN BUAT AFMASUK! Buang masa dan buang kredit. Saya dan rakan-rakan telah buat 'betting' [macam betting World Cup pula hehehe]. Kami betting siapa yang akan bakal masuk AF balik. 100% cakap, confirm Aril!

Kalo Astro betul-betul telus dan jujur untuk memasukkan balik pelajar yang tersingkir, why don't they ask us to vote di web AF saja? Percuma saja. Tapi dengar-dengar gosip liar, pungutan Afundi tahun ini tidak memberangsangkan. Tidak cukup untuk beli hadiah para finalis nanti hehehe. Ingat! hadiah juara adalah sebijik motosikal tajaan Modenas! LoL

Back to their performance last Saturday [macam tawar hati sudah ni tapi tidak apa 2 minggu saja lagi]

Akim
Dia gagal membawa watak sultan. Auranya tiada. Suara pun 'halus' semacam. Suaranya bagai semut dipijak tapi tidak mati LoL [saya ni kureng sikit susun kata-kata]

Claudia
I chose her as the best performer of the night. Vocal dia terang dan lantang. Mimik muka pun betul-betul menggambarkan kesedihan apabila buah hati terpaksa meninggalkannya.

Yazid
No doubt he improved BUT with the support of the others. Kalo dia buat persembahan sorang-sorang dia kelihatan kaku. Thanks to all props provided for him.

Aishah
This little girl has a lot to learn. Tak kan lah sampai ke Konsert Kelapan masih belum ada apa-apa perubahan, ini kan lagi nak transformasi. Transformasi apa kah namanya kalo menyanyi pun belum lulus.

Isma
Thanks to Hafiz for giving her mood. Otherwise, I would asleep watching her perform.

Hafiz
Good vocal control. Good acting.

Tugasan minggu ini ~ makanan diorang, katanya!

Akim
Larut (Dewa19)
I'm Yours (Jason Mraz)

Hafiz
Laskar Pelangi (Nidji)
I Believe I Can Fly (R Kelly)

Isma
Aku Pasti Datang (Bunga Citra Lestari)
Hot & Cold (Katty Perry)

Yazid
Aku Skandal (Hujan)
Where The Street Have No Name (U2)

Macamana diorang nak mengelak sekali pun, akhirnya lagu-lagu Indonesia juga yang mendominasi. Transformasi? Oh tidakk...

Final concert will be on the 16th May [I heard Stacy will perform - thank God for that! Sekurang-kurangnya ada juga yang mau ditinguk]. Next week diorang akan umum pemenang AFmasuk. So Aril akan masuk di minggu ke-10 sahaja. Masuk saja terus perform di konsert terakhir. Transformasi lah katakannnn...

Special note to all Sabahans
Saya harap kamu tidak masuk perangkap dengan AFmasuk. Jangan sia-siakan kredit anda. Biar Astro kasih masuk free si Rubisa atau Zizi [itupun kalo diorang mau]

2 Responses to "Konsert Kelapan dan Tugasan Konsert Kesembilan"

  1. marie Says:

    he he i lansung tia tengok AF ni..so harap baca cerita kau saja keke

  2. SciaS Says:

    alahai..terlepas lah ko tinguk drama si tiara hehehe

    kita tinguk ari 6 ni..apa kejadian seterusnya...mesti tiada penyingkiran...camana mo singkir kalo tinggal 4...dan x logik disingkir sbb afmasuk akan ditutup pd hari 6...bendul betul astro ni..

Post a Comment