13.5.06

Wah! lama saya x buat review cerita Lost. Bukan apa, cerita dia makin lama makin siok sampai saya ter-lost seketika hehehe

Since my last update 11.4.06--sudah 4 episode berlalu. Isnin ni masuk episode ke 12 dah. Apa2pun saya akan cuba review yg penting2 sajalah ;-)


Ana Lucia yg tembak si Shannon tu rupa2nya bekas polis. Semasa bertugas dia ditembak oleh penjahat dan ketika itu dia mengandung. Selepas pulih dia balas dendam. Dia bunuh penjahat yg tembak dia tu.

Kate pula selama ini saya tertanya2 apa kah jenayah yg pernah dia buat sebab Kate ini sebenarnya semasa kapal diorg terhempas tangan dia digari. Meaning, dia mmg seorang pelarian. Di episode ke 9 barulah saya tahu cerita sebenar. Kate telah meletupkan rumah dia dan at the same time membunuh bapa tiri dia dlm rumah tu.

Mr Eko rupa2nya seorang pengedar dadah. Dia dari kecil telah dilatih untuk membunuh orang dan bila besar dia telah mengetuai kumpulan pengedar dadah. Adik dia pula seorang padri. Dibuatkan cerita Mr Eko minta bantuan adik dia dgn menggunakan pesawat milik gereja. Hanya dengan cara ini saja dadah tu boleh dieksport. Semasa diorg hendak berlepas kawan2 Mr Eko telah belot dan meninggalkan dia tp membawa adik Mr Eko bersama. Rupa2nya pesawat itu telah terhempas di pulau yg sama. Atas bantuan Charlie, Mr Eko telah menjumpai pesawat tersebut dan mayat adik dia.

Di episod ke-11 mengisahkan rumahtangga Jack di ambang kegagalan disebabkan kesibukan Jack sebagai seorang doktor di sebuah hospital. In the end, diorg memang bercerai. Michael pula bertindak seorang diri mencari anak dia Walt. Jack, Locke dan Sawyer terpaksa menjejaki Michael. Tapi usaha diorg gagal sbb diorg dikepong oleh puak 'The Others'. The Others telah menangkap Kate yg secara senyap mengikut Jack, Locke dan Sawyer walaupun pada mulanya telah ditegah oleh Jack. Malas betul sia tengok si Kate tu. Keras kepala bah. Demi menyelamatkan Kate terpaksa diorg menyerah kalah. Pistol dan senapang diorg pun dirampas.

Ketua The Others rupa2nya adalah org yg sama menembak Sawyer semasa diorg di laut (season 1). Walt anak si Michael memang diorang tangkap. Satu yg saya heran, The Others ini suka tangkap budak2. Kenapa? saya tidak tahu. Let's watch 'Lost' to find out.

Stay tuned guyz on AXN every monday at 10 pm.

0 Responses to "Lost"

Post a Comment