Seawal bulan Oktober I was informed that Linda Nanuwil will be featured on EH! magazine. Linda terpilih dalam 20 Anggun dalam EH! yang Anggun 2007. Memang tidak sabar kemunculan majalah ini. Apa yang pasti, saya kongsi berita gembira ini dengan geng yang lain. Muncul November, muncul jugalah majalah ini. Noey, Ritt, TS masing-masing sms bagi tau sudah beli. Argghhh! saya juga yang ketinggalan. Sana sini saya mencari tak kan sudah habis. At last dapat juga akhirnya. Fuhh! lega!



Saya petik dalam majalah mengenai Linda:

Linda Si Cantik dari Sabah ini hanya mengamalkan rutin asas menjaga kesihatan dan kecantikan. Mengamalkan lapan gelas air suam, pengambilan vitamin C, minyak Primerose dan waktu tidur yang ideal mampu mengekalkan kecantikan dan kecergasan tubuh badan.

"Keanggunan gaya bergantung kepada semua perkara; pakaian, aksesori, solekan dan penampilan diri. Namun, bagi memastikan wajah tampak segar bercahaya, saya menitik beratkan solekan mata. Hanya mata yang galak mampu menyerlahkan seri wajah" ungkap Linda yang berpendapat keikhlasan hati, jiwa yang bersih, fikiran yang positif dan menjauhi tekanan antara jaminan kepada identiti diri anggun semula jadi.



Memang anggun bah si Linda ini. Bukan dia sahaja dari Sabah yang terpilih. Marsha dan Yanie pun terpilih sama. So, jangan lupa sesiapa yang berminat dan berkesempatan menyertai Parti 20 Yang anggun 2007 pada 24 November 2007 di Kelab The Ruums, Kuala Lumpur bermula jam 7 hingga 10 malam. Linda pasti ada di sana.

EH! Magazine

0 Responses to "Linda Nanuwil on EH!"

Post a Comment