Diari Part 1

Tiga orang pelajar (Nadia, Nubhan & Toi) di bawa keluar untuk memancing. Mana tempat tu? Macam diorang ada sebut Sabak Bernam? Saya musykil dengan pemilihan mereka bertiga. Selalunya pelajar top 3 semasa konsert yang diberi ganjaran. Tak kisahlah tu. Saya pun bukannya setuju sangat dengan ganjaran ni.

Empat pelajar yang tinggal (Stacy, Stanly, Riz & Alif) main 'statue dance' bimbingan Cikgu Fati. Saya rasa yang ini lebih seronok dari memancing. Saya ni bukan tidak minat memancing tapi air laut tu yg saya tidak suka. Panas dan opilit :D Kalo memancing saaana sawah padi ka, tebing sungai ka lagi siok!

Diari Part 2
Sesi baca wasiat Rina oleh Stanly. Semua pelajar kecuali Stacy mengutuk secara terbuka sama Rina :lol: Kononnya Rina ni kuat membebel. Pastu diorang cover line, walaupun begitu, diorang sayang dan rindu sama Rina.

Sesi penilaian bersama pengetua. Ramli MS bilang konsert yang lalu boring. BORING?? Tang mana yang boring tu? To me, konsert keenam better than konsert-konsert yang lalu. Walaupun ada few students yang tidak deliver tapi sekurang-kurangnya persembahan diorang masih menghiburkan. Not really boring-lah! Ramli MS kritik each and everyone of the student. Pengkritik dan orang ramai dah berabis kritik, tak kan pengetua pun turut mengkritik-sakan. Sekurang-kurangnya pengetua bagilah kata-kata perangsang. Puji mana-mana bahagian yg patut dipuji dan tegur mana-mana part kesilapan students. That should be the way. Kalo pengetua dan cikgu pun membantai, dengan siapa lagi students tu mengadu? Tiada sorang pun perform well di mata pengetua. Heran kan?


Pemberian tugasan untuk minggu ini:

Alif - Rozana (Search)
Nadia - One Night Only (Dreamgirls)
Nubhan - Dealova (Once)
Riz - Memburu Impian (Kaza)
Stacy - Hati (Siti Nurhaliza)
Stanly - Footloose (Kenny Logins)
Toi - Syakilla (Rahim Maarof)

Lagu Bonus
The Music Of The Night - Phantom of The Opera

Lagu Medley
Nasi Goreng (Black Dog Bone)
Apek & Marjiana (P.Ramlee)
Terbang Burung Terbang (P.Ramlee)
Obat (P.Ramlee)
Cik Kecik Keboom (Saloma)
Lagenda (Sheila Majid)

Komen saya:

Alif - Ingatkan giliran dia dapat lagu Inggeris. Apa-apapun harap-harap dia tidak tercekik menyanyikan lagu Search ini.

Nadia - Never heard of this song maklumlah saya ni bukan up-to-date sangat. Tapi lagu ni macam rancak. Sepatutnya giliran Nadia dapat lagu balada atau rentak perlahan.


Nubhan - Apo kono jang? Lagu ni pernah di bawa oleh Faizal (AF4). Kira macam recycle lah. Kalo iyapun mo bagi lagu Indon sama Nubhan, kan berlambak lagi lagu-lagu Indon. Macamlah kita tidak tau - lagu-lagu Indon saban hari dimainkan di radio kita.

Riz - Shouldn't be any problem. Sebab setiap kali pun budak ni mesti dapat lagu slow camni.

Stacy - Saya amat mengharapkan Stacy dapat lagu Etnik Kreatif minggu ini. Lagu 'Hati' kurang mesra di telinga saya. Apa-apapun saya menjangkakan Stacy akan bawa lagu ni ikut gaya dia tersendiri. There's no way dia akan terikut-ikut cara penyanyi asal.

Stanly - Another English song for him? Should be giliran Alif! Mentang-mentanglah si Stanly ni aktif menari diorang bagi lagu yg memang menuntut Stanly untuk bergerak banyak di pentas.

Toi - Samada dia yang hancur atau lagu ini akan jadi hancur. Kita tunggu dan lihat.

Lagu bonus
Lagu 'Music of the Night' telah dinyanyikan oleh David Cook (AI7) last week. Dia improvised dan mendapat pujian oleh banyak pihak. Dengan kemampuan para pelajar AF6 setakat ini, saya menjangkakan lagu ini akan 'dirosakkan' :lol:

Lagu Medley
Should be fun. Persembahan ini yang saya tunggu-tunggukan. Konsert AF6 Ketujuh nanti akan dibuat di Istana Budaya dan persembahan pelajar-pelajar akan diiringi dengan Orkestra. Terbayang sudah dalam kepala hotak saya yang pelajar akan 'tenggelam' dengan muzik orkestra :lol:

0 Responses to "AF6 - Tugasan Minggu Ketujuh"

Post a Comment