Diari Part 1

Finalists sibuk ‘bergaduh’ pasal contact lens. Apa-apapun, Stacy pakai lens warna hijau. Wah! Peberet colour saya tu :)

Surat wasiat Stanly dibaca oleh Stacy. Seperti biasa, Stanly ucapkan ‘all the best’ to all the remaining finalists. Para pelajar juga diminta memberi kata-kata semangat kepada Stanly especially with the condition of her mother.

From Cikgu Fatimah’s explanation, saya buat andaian penyingkiran Stanly telah dirancang sejak dari awal. Ibu Stanly dalam keadaan serius dan nazak katanya. And she further informed them that Stanly is already in Kuching, Sarawak to be with his mother at the hospital.

Si juruperunding fesyen datang ke akademi bersama dengan gengnya. Diorang akan buat pembaharuan ke atas penampilan the finalists. Ada sorang pelajar tu, a bit reluctant in the first place, nak tiru macam pelajar AF3 agaknya. Cari publisiti untuk raih undi? Entahlah, lagipun this topic is a bit sensitive. Ini pasal hukum halal dan haram. Tapi selama ini saya tengok pelajar ni pernah juga warnakan rambut dia di konsert-konsert sebelum ini. Then why tiba-tiba dia rasa sangsi pulak? At last, dia highlight kan juga rambut dia.

Diari Part 2

Sesi penilaian bersama pengetua. Hanya Nubhan saja yang ditegur sebab dia bela angsa di dewan.

Pemberian tugasan di konsert akhir : All info I took from web
Astro sebab saya memang tidak tau lagu-lagu yang diberikan. Even lagu Toi pun tidak disebut dalam Diari. Pengetua cakap, nanti saja dia bagi. Mungkin lagu yang dipilih mula-mula tidak sesuai dengan Toi. Sekali bagi, lagu Mawi rupanya. Ngam lah tu. Prestasi dorang pun lebih kurang sama. Wah! statement of the year!

Nadia
Aku Lebih Tahu - Mila AF5
Kalut Lagi Mengarut - Lagu Baru

Nubhan
Bukan Di Sini - Sofaz
Ada Untukmu - Lagu Baru

Riz
11 Januari - Gigi
Hanya Sandiwara - Lagu Baru

Stacy
Atas Nama Cinta (Rossa)
Siti Lela vs Cinderella – Lagu Baru

Toi
Siti Zulaikha – Mawi
Paling Terindah - Lagu Baru

Komen:

Saya rasa, pemberian lagu komersil seimbang.

Tapi lagu baru macam ada masalah sikit. Ada lagu yang dikatakan belum ‘siap’ sepenuhnya. Lirik belum ada dan melodi pun mungkin ada kena ubah lagi. Nanti kita tengok siapa komposernya. Ikut cakap RMS, mungkin composer akan dibawa masuk ke akademi.

Tajuk lagu baru Nadia “Kalut Lagi Mengarut”. Saya rasa lagu ini memang kalut dan mengarut hahaha. Entah ciptaan siapa lah lagu ini. Tajuk pun sudah negative.

Tajuk lagu baru Stacy pun tidak commercial langsung. Sudah kehabisan tajuk ka? Bila sebut, saya terus teringat lagu Saiful Apek – Aspalela.

Ini juga bermakna, lagu baru Stacy (hadiah ke-dua) tidak diberikan. Meaning, selepas keluar akademi saja, Stacy sudah ada 3 buah lagu baru. 7 saja lagi, boleh buat album penuh sudah. Mungkin lagu 'Rela' dan 'Hati' boleh dinyanyikan semula dan dimasukkan dalam album barunya. Wah! semangat saya menunggu album Stacy :D

Toi diberi lagu Mawi. Saya rasa pemberian ini adalah disebabkan atas kecemerlangan lagu duet minggu lalu. Tapi jangan lupa, last week diorang nyanyi secara duet di mana Stanly adalah ‘hero’ utama. Kali ini Toi galas sendiri. Tengoklah camana.

Tiada pula lagu English masa final nanti. I thought they will give Stacy a Christina Aguilera’s number.

Warning to the pengkritik - masa konsert final nanti, jangan cuba-cuba 'hentam' finalists. I'm sure peminat will 'boo'. Konsert akhir, kritikan tidak makan sudah. Diorang tu tidak sabar mo keluar. So jangan lunturkan semangat diorang dengan kritikan yang tidak berfaedah. Better prepare them bagaimana menempuhi 'realiti' di luar.

And to all pengundi Stacy, jangan tunggu masa konsert untuk mengundi. Sila hantarkan undian anda selewat-lewatnya sebelum konsert bermula. Meaning, petang sabtu adalah masa yang sesuai untuk hantar undian. Kalo tunggu malam, I'm sure undian akan lambut masuk. So, tunggu apa lagi, logot-logotlah kamu hantar Afundi Stacy ke 32999.

0 Responses to "AF6 - Pemberian Tugasan untuk Konsert Akhir"

Post a Comment