First and foremost, congratulations to Ramli MS for conducting the orchestra so well. The music arrangement was so beautiful that I almost forgot some of the students didn't perform well. Segala kelemahan covered by the orchestra. Itulah kelebihan menyanyi dengan iringan orkestra.

Lagu Medley
Simple and nothing dramatic about it. How nice kalo diorang pilih one or two songs saja mungkin tidak se-serabut macam malam tu.

Nubhan
Sketsa oleh Rusdi dan Emelda betul-betul menjadi. Disusuli dengan alunan muzik mendayu-dayu 'Dealova'. Cuma si penyanyinya tidak dapat 'mengangkat' lagu tersebut. Pada permulaannya, Nubhan macam nampak 'in' sudah tapi lama-kelamaan dia nampak 'keletihan'. Sungguh menghampakan walaupun saya ingat lagu ni makanan beliau.

Stanly
Pujian harus diberikan sebab komitmen beliau terhadap lagu ini amat tinggi. Beliau nampak bersungguh-sungguh. Lagu 'Footlose' bukan senang dibawa sebab kena nyanyi sambil menari. Kena pula badan Stanly agak gempal sikit, tu pasal nampak tercungap-cungap tu :D Tak mo komen lebih-lebih pasal vokal yang penting sekarang, kesungguhan. Dan saya rasa, beliau patut diberi head microphone supaya persembahan tidak terganggu. Penat saya tengok Stanly menggunakan mic tangan.

Alif
'Rozana' nyanyian Alif, too simple and too safe. He should improvise this song. Buat kelainan sikit. Make this song as his. Tapi nak buat camana, part yang patut 'ditarik' pun tidak berani buat, ini kan lagi nak improvise.

Toi
Syakilla dah jadi drakula!

Nadia
Rupa-rupanya, lagu 'One Night Only' ini memang makanan Nadia. Dia ada banyak kelebihan malam tu. Dapat lagu makanan dan sudah biasa dengan pentas Istana Budaya. Diiringi pula dengan bekas pelajar AF (Zarina AF2 & Amylea AF3) kira semangat jugak tu! Persembahan ok cuma saya merasa 'sakit' bila dengar dia nyanyi. I think dia over-projected this song.

Riz
Lagu 'Memburu Impian' adalah kacang bagi Riz yang sememangnya mempunyai suara yang besar. Sketsa mat rempit sucks! Tiada kaitan dengan lagu Riz. Panjang berjela-jela pulak tu!

Stacy
Kenapa lagu yang Stacy dapat, selalunya tidak mesra di telinga saya? Maksudnya, samada saya jarang dengar ataupun tidak pernah dengar langsung. Tidak terkecuali lagu 'Hati' ini. Saya betul-betul ketinggalan zaman ni. But like I said before, Stacy tidak akan dibayangi dengan penyanyi asal. She nailed this song eventhough seperti yang kita tahu dalam Diari, Stacy mengalami sore throat. Baju cantik tapi tidak sesuai dengan laungan 'Merdeka!' Tapi kebaikannya, baju ini menghalang Stacy membuat pergerakan yang tidak sepatutnya to which akan mengganggu persembahan beliau.

The Music of the Night
Stanly, Stacy & Riz harus diberi pujian. Merekalah yg berhempas pulas mempersembahkan lagu ini. Yang lain, setakat satu baris atau dua baris saja. Yang kelakarnya, kedengaran Alif ragu-ragu memulakan part dia. Ada satu part Nadia, samada digugurkan sebab semasa latihan Nadia memang tidak dapat bawa ataupun Nadia terlupa part tersebut. Apa-apapun, lagu bonus AF2 'Memory' still the best. Wah! melencong sudah :D

Menuju Puncak
Hancurrr. Tercungap-cungap dan kurang energy. Salah step pun ada!

Pilihan saya : Stacy, Nadia, Riz
Sepatutnya tersingkir : Toi
Yang tersingkir : Alif
Komen :

  • Adlin & AC bias! No further comment, korang fikirkan sendiri.
  • Ramalan saya Alif akan keluar betul-betul terjadi. Adakah betul tekaan saya pihak berkenaan tidak sanggup menanggung bil pembedahan lutut beliau? Teringat pula masa Udui sakit tonsil.
  • Tidak heran Nubhan akan tersingkir minggu ini sebab macam-macam permintaan, stoking, jam putus dan tonic rambut :lol:
  • Patutkah Adlin komen 13 kali tembak 13 kali mati?
  • Komen Ning kepada Toi "Not as good as Rahim Maarof" What did she mean by that?
  • Teringin mo tengok Stacy dapat lagu joget, barulah versatile namanya. Silap-silap dia nyanyi lagu baru dia minggu ini.
  • Wah! terlebih komen sudah! Afundi Stacy dan hantar ke 32999!

0 Responses to "Akademi Fantasia 6 - Konsert Ketujuh"

Post a Comment