Juara AF6 akui terpaksa berhenti sekolah kerana tak sanggup lihat ibu tanggung derita


SEJAK dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 6 (AF6) 24 Mei lalu, kehidupan Stacy melalui episod baru, angan-angan merasai kesenangan untuk dikongsi bersama keluarga akhirnya menjadi realiti di pentas AF6. Ketika dia leka wajahnya disolek untuk pertama kali bagi tujuan komersial di akhbar sebaik keluar akademi, dia terus membuka bicara latar belakang keluarga tanpa berselindung.


Agak mengejutkan kerana Stacy seorang yang bersikap terbuka berbicara apa saja mengenai kepincangan hidup keluarganya. Rupa-rupanya selama ini Stacy bijak menyembunyikan kedaifan keluarganya ketika dia masih bergelar pelajar AF6 dan tidak pernah terlintas di sanubarinya meraih undi simpati, sebaliknya peminat menobatkannya sebagai juara semata-mata kerana bakat dan usaha keras.


"Saya lebih suka berterus-terang, biarlah orang tahu bagaimana latar belakang keluarga saya daripada orang bercakap perkara yang bukan-bukan di kemudian hari. Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya. Dari dulu keluarga kami tak pernah hidup senang, sentiasa dibelenggu kesusahan.


"Apabila keluarga dilabel sebagai orang miskin, memang saya malu, muka saya tebal berdepan masyarakat sekeliling. Apa yang kami lakukan, ada saja yang tak kena, malah keluarga kami turut dihina dan menjadi bahan cacian orang. Saya tahan saja, terus bersabar. Dalam kampung saya, memang keluarga kami paling susah, ditambah masalah yang wujud dalam keluarga.


"Lebih baik saya berterus-terang saja. Lagipun saya ingin berkongsi pengalaman keperitan hidup saya dengan orang lain kerana yakin, hidup ini tidak akan sentiasa dirundung kegelapan. Pasti ada setitik cahaya jika kita terus berusaha memperbaiki taraf kehidupan.


"Jika ada orang lain yang pernah mengalami nasib seperti saya, harap-harap mereka tidak mudah putus asa kerana jika ada kesungguhan, pasti ada kejayaan. Bayangkan saya mempunyai enam beradik, kami semua tidak bersekolah berdepan pula dengan masalah sosial, ditambah ayah dan ibu saya sering bertengkar.

baca selanjutnya di sini

0 Responses to "Stacy di Bintang Popular"

Post a Comment