OK lah. Time's up. Teka-teki telah ditutup. Tidak aci bah. Yang menjawab adalah orang-orang yang sudah tahu jawapan hehehe. Kepada yang tidak tahu, jawapannya ialah, tengok gambar di atas. Dia lah empunya kek yang tidak habis itu. Kena paksa makan, ada saja alasan dia hahaha. Sori kio Linda, gurau-gurau saja bah...

Akhirnya! Saya dapat ambil gambar masa Linda sign autograph. Yang ini pun, terpaksa berebut-rebut tempat. Kena cari angle yang ngam bah. Kalo tidak, ambil gambar rambut saja :)

Apa-apapun, ini gambar peberet saya. Candid bah ni. Tidak tau apa Linda buat. Cuba kamu teka, apa Linda sedang buat :)

Linda makan kek sebiji pun tidak habis. Cuba tengok apa saya order. Gerenti naik 5kg selepas makan ini.

Yang ini, makanan itu geng duduk sebelah saya. Saya kurang pasti dia dapat habiskan atau tidak. Yang saya dengar, itu sambal pedas dia bilang hehehe. Pedas itu lah yang sedap bah...

Ini pula, peminat-peminat Linda yang bertapuk. Diorang mau keluar bah tu tapi takut sama itu boss diorang hehehe. Tapi kamu lah juga yang paling sporting!

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada Udui yang sudi beramah-mesra dengan kami walaupun dikhabarkan dia sibuk. Biar hujan lebat, kilat sabung-menyabung dan jalanraya sesak, tapi demi Udui yang hanya dapat meluangkan masa pada hari itu, terpaksalah saya tempuhi. Wah! macam puitis lah pula hehehe.

Harap dapat berjumpa lagi kio Udui....You are the best!

2 Responses to "Sepetang bersama Linda Nanuwil"

  1. Anonymous Says:

    uinaaa...jiloss sia tahap ultraman mega ma ko scias...

    jilosss
    jilosss
    jilosss...

  2. SciaS Says:

    uikkss

    ko bukan ada di sana juga ka tu :)

Post a Comment