Ada orang komplen ni, kenapa saya buat ulasan AF7 dalam English. Bagus kalo pandai muahahaha. Mungkin terbawa-bawa bah ni kan - well, you know - American Idol, The Amazing Race ;)

Ok bah. Tulis dalam BM pun no problem. Dalam KadazanDusun pun ok kalo mau hahaha

Aishah
Ah yo yo. Satu persembahan 'plastik'. Tidak natural dan dibuat-buat.

Qhaud
Panjang betul 'hayat' budak ni. Selalu di bawah tapi tidak juga terkeluar. Statik bah persembahan dia ni.

Claudia
Terbaik pada malam itu. [Wonder why, she didn't get the award]

Aril
He can dance but his singing is not as good as his dance.

Yazid
Ya ampun!! Budak ni lagi. Bila lah dia keluar ni. Banyak peluang sudah diberikan tapi tiada peningkatan.

Akim
Sungguh terkejut bila dia dipilih sebagai pelajar cemerlang. Sudut mana ek diorang nampak dia cemerlang?

Isma
Another plastic performance! Saya tertekan tengok tangan dia asyik pegang kepala dan mengurai rambut dan buat suara ala-ala rock hehehe

Rubisa
No doubt she can sing. Tapi masalah dia, dia tidak improvise lagu tu. She's out so no further comments.

Hafiz
Saya suka terma yang Adlin bagi sama budak ni. Tarian dia macam lap gajah hahahaha. Kalo persembahan asyik sama, kita akan 'terbosan' menontonnya. Suara pun tiada peningkatan.

Sidi
Dia antara pelajar yang saya tunggu-tunggu tersingkir. Jahat kah saya ni? hehehe

Zizi
Oh-oh. Masa dia nyanyi 'Aku dah Bosan', saya sambung dengan ayat "Bah! pulanglah". Betul-betul pula dia pulang. Masin betul mulut ni kan hehehe

For the first time, AF7 telah mencipta sejarah. Tenaga pengajar boleh mengkritik pengkritik. Which is to me very un-professional. Kalo iyapun ada benda yang hendak dipertikaikan, buatlah di tempat yang sesuai. Pejabat Astro kan besar!! Give briefing to the Pengkritik. Tapi to me, kalo diorang buat macam ni, no point having Pengkritik lagi lah. Bagus diorang buat transformasi - biar tenaga pengajar yang menjadi pengkritik. Kita tengok apa diorang kritik. Asyik puji saja mengkali kan? If I'm not mistaken, Siti Hajar pernah menjadi pengkritik sebelum ini. Apa dia cakap masa tu? Dia kritik tahap gaban juga kan?? Tepuk dada tanya selera!

Tugasan baru ~

AISHAH - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi)
[ramalan saya : duet with Dafi]

AKIM - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry)
[ramalan saya : duet with Farah AF2]

ARIL - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
[ramalan saya : duet with Mila]

CLAUDIA - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince)
[ramalan saya : duet with Vince]

HAFIZ - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)
[ramalan saya : duet with Stacy]

ISMA - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2)
[ramalan saya : duet with Zahid]

QHAUD - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow)
[ramalan saya untuk up kan undi dia : duet with Mas hehehe]

SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense & Noe Letto)
[ramalan saya : duet with Ebi]

YAZID - Terharu (Jamal Abdillah & Mawi)
[ramalan saya untuk up kan undi dia : duet with Mawi]

Lagu Bonus : Lucky (Jason Mraz & Colbie Callait)
[Saya cuma tertunggu-tunggu persembahan yang ini]

Kita tunggu dan lihat apa kejutan yang diorang buat. Kalo setakat duet sesama pelajar, awal-awal saya cakap di sini - better jangan. Buang karan saja!