Saya sambung lagi siri kegemaran saya ini kio..


Episode 2
10 team lagi yg tinggal selepas John & Scott terkeluar di Episode 1. So, kali ini bermula di Sao Paulo diorang akan terus perjalanan ke Brotas, Brazil. Dlm rancangan ini, diorang akan melalui Detour iaitu diorang diberi 2 pilihan utk menyelesaikan kerja2 yg telah disediakan. Tapi kalo diorg tidak dpt selesaikan pilihan pertama, diorang anytime boleh buat pilihan yg satu lagi. Tapi masalahnya, diorang akan kerugian masa tapi kalo diorg cepat buat diorg masih ada peluang untuk kejar peserta yg berada di hadapan. Sebelum sampai ke Pit Stop, ada satu lagi yg diorang terpaksa lalui iaitu Road Block. Road Block hanya akan dilakukan oleh salah seorang dlm team tu. Sekiranya road block sudah selesai, diorg boleh teruskan ke Pit Stop di mana si Phil Keoghan selaku hos rancangan sedang menunggu.

Pit Stop kedua di Brotas, Brazil. Kali ini, race dimenangi oleh BJ & Tyler. Dan yang terkeluar ialah Lisa & Joni.

Episode 3
Dari Brazil, 9 team yg tinggal akan teruskan perjalanan diorang ke Russia. Masa menonton episode ini, saya mmg berdebar2 sbb saya tengok jam hampir2 mo habis sdh rancangan. Saya pun heran. Tapi bila si Eric & Jeremy sampai ke Pit Stop di Moscow, Russia....Phil ckp "you are the first team to arrive but the leg was not over yet" dia terus bagi next clue. Adussss...suspens betul.

Episode 4
So, diorg continue perjalanan. Tasks atau kerja2 yg disediakan utk diorg mmg hebat. Kadang2 saya terfikir, kalo saya lah mungkin sudah lama kalah hehehe. Tasks itu lah yg paling saya suka tengok diorang buat. Selepas merintangi pelbagai cubaan dan dugaan, Eric & Jeremy sekali lagi mendahului race. Team akan tertunggu2 Phil mengumumkan "you are the first team to arrive..and as a winner of this leg..u will receive.." diorang akan terima certain rewards seperti cash money, kereta atau pakej melancong. Dan yg paling ditakuti oleh peserta ialah apabila Phil ckp "you are the last team to arrive. and i'm sorry to say that you've been eliminated from the race"...adehhh kebetulan pula, team yg terakhir sampai ke Pit Stop di Munich, Germany ialah team peberet saya..Wanda & Desiree. Kesiannn..

Episode 5
From Germany diorang akan terbang ke Italy. Bestnyaaa. One thing i like about this race is, saya suka tengok tempat2 yg diorang lawati. Memang cantik2 pemandangan dia. This leg of race, selain Detour dan Road Block ada satu lagi yg terpaksa diorg lalui iaitu Yield. Sesiapa team yg sampai dulu ke satu tempat boleh Yield team yg di belakang. Team yg kena Yield terpaksa tunggu 30 minit sebelum memulakan task selanjutnya. Mmg geram lah bah team yg kena Yield tapi team yg di depan pun kadang2 no choice sbb antara menang dan kalah terpaksa lah diorg ambil keputusan untuk Yield. So, in this leg team yang terpaksa pulang awal ialah Danielle & Dani. Kebetulan pula, Danielle & Dani lah team yg kena Yield sbb masa tu mmg perlumbaan head to head. Dan leg ini dimenangi oleh BJ & Tyler. Diorang berehat di Segesta, Italy iaitu Pit Stop yg ke 4.

0 Responses to "The Amazing Race 9..cont.."

Post a Comment