Konsert AF yang pertama dan kedua telah berlalu. Konsert ketiga menjelang tiba.

Konsert pertama telah mendapat kritikan yang paling hebat. Bukan sahaja daripada pengkritik tetap AF malah daripada local newspapers, majalah-majalah, bloggers dan individu-individu yang cukup prihatin dengan perkembangan AF ini.

Diikutkan memang malas mo buat ulasan AF ini. Tapi selepas menonton konsert kedua saya teruja untuk memblogkan di sini.

Berikut adalah komen peribadi saya:

Saya begitu bosan mendengar Pengacara 'memberi mood' kepada para pelajar sebelum buat persembahan. Was it necessary?

Saya geli hati mendengar pujian yang melambung daripada pengkritik tetap. Seolah-olah mereka ini telah diberi amaran oleh 'pihak berkuasa' untuk tidak memberi kritikan yang pedas. I remembered Adlin. I enjoyed to hear his comments on the first concert but later on sudah kurang kaw-kaw. Tidak best langsung! To me, kalo dah persembahan ada yang kureng, belasah sajalah, apa mo takut. Puji bila betul-betul perlu puji.

Saya juga bosan apabila pengkritik ketiga membaca balik lirik lagu pelajar. Then sekali sekala she tried to sing it out but suara dia hampeh!

Sakit telinga saya masa Aswad menyanyi. Seketul-ketul suara dia kedengaran. It wasn't smooth. Could it be the music? The music was too soft for Aswad dynamic vocal.

AND MOST OF ALL saya terlalu marah tahap cipan bila konsert dihentikan untuk memberi laluan kepada BERITA ASTRO! Kalo setakat berita ringkas, ok lah juga tapi berita penuh 30 minit pula tu! Hilang mood terus ohhh! Apa salahnya, diorang bagi saja the last two pelajar teruskan persembahan then barulah siarkan berita sementara menunggu keputusan. Koman betul lah! I hope Astro should do something on this matter. Potong stim lah beb! But this week, since konsert buat Ahad, harap-harap tiada berita Astro ke udara tepat jam 3.00 petang!!

Mau komen lagi? Tidak apalah. Cukuplah tu. Reda sikit kemarahan saya. No wonderlah orang selalu cakap, kalo ada masalah dan ada yang tidak memuaskan hati, LUAHKAN! Ringan sudah di dada :)

PILIHAN SELEPAS KONSERT KE-2:
Shawal & Candy
SEPATUTNYA KELUAR:
Mila
PENGKRITIK PILIHAN:
Mr Yamada :)

gambar saya cari di Astro

0 Responses to "Akademi Fantasia 5"

Post a Comment