23.5.07


Should I make review on the finalists performances? Saya rasa tidak perlu lah. Yang paling penting, we already have winners. Pemenang pilihan orang ramai. Congrats to all the finalists. Congrats to Mila kerana dapat menambat hati para pengundi dan seterusnya menjuarai AF5!

To me, secara umumnya konsert akhir AF5 agak membosankan. Tidak banyak kejutan yang dibuat. Meleret-leret sehingga over run 30 minit atau mungkin juga disengajakan untuk buat tribute to Aznil. Pasal Aznil ini saya rasa, sudah tiba masanya beliau untuk mengundur diri. I don't have problem with Aznil cuma sejak kebelakangan ini dia macam kekeringan idea. Mungkin idea dia banyak dicurahkan di rancangan lain seperti talk show dia sendiri, Macam-Macam Aznil. Beliau juga salah seorang penyampai di radio ERA. Bila dah over-exposed orang akan cepat bosan. Siapa bakal pengganti beliau? Saya harap somebody new and somebody 'fresh' but most of all 'somebody' tu mesti ada sense of humour. Tidak mau yang serius sangat tapi at the same time tidak mau juga yang over-kelakar. I have a few names in my head dijadikan contoh tapi not nice saya mention di sini.

Mengenai konsert pula, I was confused kenapa diadakan pancaragam. Macam majlis penutupan sukan tahunan sekolah pula. Apa kena mengena dengan 'pom-pom girls' dengan AF? Persembahan 'Phantom of the Opera' oleh pelajar-pelajar yang tersingkir agak memalukan. I comforted myself - ya lah budak-budak tu tidak habis belajar di akademi! Samalah juga dengan lagu Kenangan Terindah. Bikin panas! Tapi saya pujuk hati saya dengan - biarlah, diorang sedang menangisi 'pemergian' Aznil :) Penutup AF5 menghimpunkan bekas pelajar AF1 hingga AF5. Seolah-olah, AF dah sampai ke penamat. Wait and see sajalah. Silap haribulan, Astro buat reality show dengan nama yang lain pula. Lain format dan lain konsep. Who knows kan!

Bagaimana dengan pengkritik? Diorang pun sudah kehabisan modal selepas 9 minggu memberi teguran dan nasihat. Semasa konsert akhir, setakat puji 'awak lawa malam ini', baik jangan diadakan pengkritik pada malam itu. Lampu biru pun sudah tiada relevannya. Yang sepatutnya dapat lampu biru, tidak diberi dan begitulah juga disebaliknya. Kelihatan macam agenda tersembunyi. Pengkritik jemputan? Bikin sesak nafas!

How about the the music @ band pengiring? To me, Sham Kamikaze is still the best. Gandingan Sham dengan Ramli M.S. masih memegang rekod - yang paling gempak setakat ini. Meaning, AF2 tetap unggul di hati saya :)

Tirai AF5 berlabuhlah sudah dengan statistik berikut:
Juara - Mila 32% (800,000 undian)
Naib Juara - Ebi 26% (650,000 undian)
Tempat Ketiga - Aswad 21% (525,000 undian)
Tempat Keempat - Heliza 11% (275,000 undian)
Tempat Kelima - Candy 9% (225,000 undian) - Nasib Candy boleh disamakan dengan Melinda Doolittle (AI6)
Jumlah Keseluruhan Undian - 6.6 juta

Statistik AF sebelumnya:
AF1 - 4.5 juta undian
AF2 - 15 juta undian
AF3 - 10.9 juta undian
AF4 - 7 juta undian
sumber:

Be ReaL...



6 Responses to "AF5 - Tamat"

  1. Anonymous Says:

    nda blh ka durang kasi tau berapa byk pungutan @ undian time AF2...i mean secara keseluruhan bukan setakat final ja?ahakss..mo tgk brp c Linda ,adam ,kaer n mas nya rekod ..berbanding c zahid,farah, bob...sia muskyil bah ni bah scias, ko p kurik2 gia ...kakakkaaaaa..

  2. SciaS Says:

    rasa2 mcm tidak pernah tersiar di mana2 paper..jumlah pungutan setiap finalist AF2

    diorg takut ada kontroversi mengkali hehehe

  3. Anonymous Says:

    hahahhahaaaa...betul ckp ko tu ....
    takut kebenaran terserlah mangkali kan....nda apa...mari kita truskan hidup ..ahakss

  4. SciaS Says:

    terus idup..tatappps

    apa komen ko pasal candy dgn kenyataannya "yg bersembunyi"..??

  5. Anonymous Says:

    apa komen ko pasal candy dgn kenyataannya "yg bersembunyi"..??

    uihnaaaaa...dlm tau makna tu..sia nda baca or tau pasal tu...ks tau gia sia pasal apatu ?
    tp klau ko bilang yg bersembunyi...trus sia ingat...kami time kanak2 suka main tu TAPUK2...sampai trtidur d tempat persembuyian ...kakakakkaaa...agogo...

  6. SciaS Says:

    bah..ko paham sudah pasal 'sembunyi' tu kan..bukan alang2..di sandakan pulak tu..tempat sia cerita sama ko..hehehe

Post a Comment