Ingatkan AF sudah berkubur. Kalo saya tidak silap, macam diorang mo rehat tahun ni. Rupa-rupanya itu semua hanya gimik.

Bermula dengan pengumuman Pengetuanya, iaitu Ramli M.S. Wah! mantap. Dalam kesemua Pengetua, saya rasa Ramli M.S. lah yang paling berjaya. Itu pasal mengkali beliau dipanggil semula untuk menerajui AF kali ini.

Diikuti dengan pengumuman Pengacaranya. Sarimah akan mengendalikan Diari AF dan AC Mizal akan mengacara Konsert Mingguan. Wah! Boleh tahan promosinya. Harap-harap lebih mantap daripada yang dulu.

Kemudian, pengumuman tenaga pengajar. Syukur sangat-sangat, Ajai tidak tersenarai hahaha! Saya tengok semuanya mantap kecuali guru vokal yang seorang itu. Dulu mungkin dia seorang guru vokal yang hebat tapi sekarang ini ianya tidak relevan lagi. Suara guru itu sendiri sudah rosak. Camana ya?

And then, diorang umumkan pengkritik tetap, tidak lain tidak bukan Fauziah Dato Ahmad Daud @ Ogy dan Ning Baizura. Dua pengkritik saja? Kita tunggu kejutan from Astro.

Last but not the least, pengumuman pelajar-pelajar AF musim ke-6:

Nubhan (Negeri Sembilan), Rina (Selangor), Ika (Pulau Pinang)

Toi (Johor), Lufya (Johor), Yana (Perak)

Riz (Perak), Alif (Pulau Pinang), Faisal (KL)

Naim (Perak), Nadia (KL), Saida (Pahang)

Stacy (Sabah), Stanley (Sarawak)

There you go! Pilihlah pelajar kegemaran anda. Stacy being the only Sabahan who made it through to top 14 will compete among others and I hope she will make us proud. Orang Penampang bah! Jadi faham-fahamlah bah kan siapa saya sokong hahahaha

Oh ya! Stacy adalah salah seorang anggota Evoke (GangStarz). Tapi malang sekali, peluang diorang 'dicuri' to which they didn't make it to the final. Stacy juga pernah attend audition OIAM season 1. Tapi masa tu, dia masih study di St. Michael Penampang so I think because of that, she didn't go to the next stage (KL). Sebelum Stacy join AF6, dia jadi resident singer di Q-Ball Pub di Donggongon. So, dia ni ada fight dengan Rina ;)

So guys, jangan lupa tengok Diari AF6 bermula hari ini hingga hari Jumaat, jam 6 petang dan 9 malam. Konsert mingguan pula seperti biasa setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di @104.

AFUNDI STACY!

0 Responses to "Akademi Fantasia 6"

Post a Comment