Bintang RTM sudah, Mentor sudah, Juara Lagu sudah (walaupun Rich berkongsi kemenangan tersebut dengan grup dia), sekarang OIAM pun sudah. Norayu Damit atau lebih dikenali dengan nama glamer Ayu telah mengharumkan nama Sabah dengan memenangi pertandingan One in a Million musim ke-2! Very proud of her.

Walaupun terkucil sedikit semasa menyanyikan lagu Ceritera Cinta dan single baru beliau, Hanya di Mercu tetapi para penyokong bagai tidak peduli apa yang berlaku. Memang dijangkakan Ayu akan menang besar pada malam itu.

Shila pemenang tempat kedua tidak kurang hebatnya malah ketiga-tiga persembahan Shila memang bertenaga tanpa cacat celah tapi nasib tidak menyebelahi beliau. Undian SMS penentu juara!

Sebenarnya, saya amat mengharapkan Sarah Raisuddin dapat ke final dan bersaing dengan Ayu. Saya rasa, Sarah adalah saingan yang tepat kepada Ayu barulah konsert pada malam Jumaat tersebut akan lebih terasa kehangatannya. Shila seolah-olah berada dalam tahap amatur jika dibandingkan dengan Ayu (oops! that's my personal opinion saja ya!)

Apa-apapun, we already have a winner! Sabah Boleh!

Akademi Fantasia bila lagi? opss!

to read more on OIAM, feel free to visit MURAI

0 Responses to "It's Ayu - OIAM 2 Champion"

Post a Comment