PERSIS bunga api, marak dan memercikkan sinarnya sekadar sementara. Realiti itulah yang menjadi makanan bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini, Linda Nanuwil yang seakan dibakar kontroversi sendiri.

Selepas dijulang sebagai Naib Juara AF2, banyak yang terpesona dengan kelibatnya. Kononnya, dialah pesona bintang! Tetapi panas yang diharapkan hingga ke petang, rupanya hujan pula di tengah hari.

Tiba-tiba banyak perkara tidak enak singgah ke mukanya. Tidak cukup dengan gosip panas yang mengaitkan dirinya dengan bekas Pengetua AF2, Ramli M.S., hidup mewah ditaja VIP dan kemuncaknya, berkahwin dengan orang kenamaan di Sabah.

Bukan tidak tampil membasuh apa yang dicalitkan ke helaian kariernya, tapi mungkin sudah takdirnya begitu. Gadis kelahiran Ranau, Sabah ini ditimpa pula masalah kesihatan menyebabkan dia tidak boleh meneruskan karier nyanyian. Lantas mengambil keputusan pulang 'bertapa' di Sabah.

Itu cerita lebih setahun lepas dan dari awal hinggalah ke hari ini Linda memberi satu alasan, iaitu sakit tekak atau secara saintifiknya dikenali sebagai tonsilitis sebagai punca kepada kehilangannya selama ini.

Ibarat angin lalu, nama Linda terbiar sepi kerana arus seni dan hiburan tempatan tidak pernah statik. Cuma apabila akhir-akhir ini kelibat Linda muncul semula dalam beberapa acara televisyen dan persembahan di sekitar Kuala Lumpur, itu tandanya Linda Nanuwil sudah keluar dari 'pertapaannya'.

KOSMO! tidak mahu membiarkan Linda sekadar melintas di hadapan mata. KOSMO! intai dan 'menangkap' Linda pada satu rakaman program terbaru Astro, Kelab Pop di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Interview Kosmo dengan Linda baca di SINI

3 Responses to "Linda Nanuwil di Kosmo!"

  1. Anonymous Says:

    pic udui pigang tu bola manyala...mengingatkan sia kpd permainan bingo@tintong...ABUuuuuuuuuuuuu....GIM..hahahaa

  2. SciaS Says:

    atukk...peminat abuuugimmm ko ni hehe

    udui mo kasi latup ni industri mengkali hahaha

  3. Anonymous Says:

    dlm hidup sia..pena main Abuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..Gim 2 kali ja.tu pun atas ehan kawan yg kaya ..dulu main tintong 20sen ja..

    ya...hrp2 malatup lah kali ni c udui kita...udui kita kaitu?ahaksss...

Post a Comment