Konsert AF yang ke-3 menyaksikan para pelajar membawa lagu rock. Semasa pemberian tugas pun, saya sudah nampak ada beberapa pelajar yang akan mengalami masalah membawa lagu rock contohnya Faisal, Stanly, Nubhan & Saida. Tapi saya ingat dengan latihan yang konsisten, diorang boleh bawa tapi rupa2nya tidak. Macamana teruk diorang berlatih pun kalo sudah lagu tu bukan jiwa diorang maka gagal jugalah persembahan diorang.

Stacy
Vocal wise she was superb. Stacy langsung tidak kelihatan pancit bila bawa lagu ni. Dan saya rasa movement dia memadai. Entah movement macamana lagi pengkritik mau. Nanti terlebih, dikritik, terkurang pun dikritik juga. Saya terus teringat persembahan Nadia masa bawa lagu Umbrella. Pengkritik bilang, “utamakan vokal terlebih dahulu, tarian tu kemudian saja”. So you see, pengkritik pun tidak konsisten.

Faisal
Sumbang!

Nadia
Persembahan just average because she tried hard not to be too over confident. She did it well. Pronunciation masih kedengaran lemah.

Alif
Better from his previous performance. Sebab lagu ni senang. My brother proudly bagi tau anak dia ‘saya pun pernah nyanyikan lagu ni’ hehehe

Lufya
Hanya fesyen dia saja yg menyakitkan mata. Other than that I think she did well. Based on her performance, she shouldn't be eliminated this week.

Naim
Sumbang!

Stanly
He was struggling hard. Saya yang sengsara tengok dia nyanyi. Sumbang kedengaran here and there.

Saida
Oh dear, among the ladies, she is the weakest. Dia masih dalam kepompong yang tidak mau keluar. But I think she has her own reason. She is a wife and a mother, that’s her problem actually. Dia kena jaga peribadi, tu pasal lah.

Nubhan
Hancur jugakk. I think he just sang for the sake of fulfilling his duty. He did it and he failed. Dulu Felix pun lupa lirik juga tapi Felix pandai cover sikit-sikit. Tapi yang saya hairan, boleh pula Ogy bagi komen “ada improvement dari last concert” Si Ogy ada kah tengok si Nubhan nyanyi di konsert ke-2?? Bukan improvement lah Ogy oii...tapi penurunan yang mendadak!

Riz
Naim, Faisal & Alif kept on promoting Riz’s song on Diari. Why? I don’t have any idea! So, bila Riz nyanyi I tend to banding-banding suara dia dengan diorang bertiga ini and of course Riz’s was much better. Tapi I don’t like his hair-do.

Toi
Lagu senang macam lagu Kamelia oleh Alif. So tiada masalah bagi Toi bawa lagu ni.

Rina
Stage presentation memang tidak dinafikan, she’s the best. Tidak sia-sia pengalaman selama 20 tahun. Tapi vocal wise there’s no ‘wow’ in it. Kadang-kadang I didn’t get what’s she was saying. All I can hear were the words “enterrr sandmannn” :)

Pilihan saya : Rina, Nadia, Stacy
Yang sepatutnya keluar : Faisal
Yang tersingkir : Lufya & Naim
Kejutan yang best : Penyingkiran 2 pelajar. Pelajar lelaki kalis undi. So Astro bertindak untuk menyingkirkan seorang pelajar lelaki which is a good idea but it should be Faisal lah...

0 Responses to "Akademi Fantasia 6 - Konsert Ketiga"

Post a Comment