19.1.09

I watched the AJL last night just because of Stacy, Ayu and Estranged ;) Saya kenegerian? Mungkin hahaha. Ala, mestilah sokong negeri sendiri kan. Opps, kenapa Estranged? Sebab ada Rich hahaha!!

Keputusannya:

Persembahan Terbaik - Encik Superman (Sampai Syurga)

Vokal Terbaik - Encik Superman (Sampai Syurga)

Balada
Sampai Syurga - Encik Superman
(bukan apa, lagu balada yang lain kurang 'gula' jadi saya setujulah si Superman menang))

Pop Rock
Laguku Untukmu - Pakcik Hussein
(tabik dengan gaya badut diorang - first time ever, I think! tabik juga dengan vokal tinggi lead singer tu. Superman pun ada coba-coba nyanyi tapi dia akun kalah hehehe)

Etnik Kreatif
Persoalan Cinta - Amoi Farawahida
(terus terang saya cakap, saya kecewa dengan kategori etnik kreatif tahun ini. Semuanya nampak mentah! si Amoi ni menang pun saya rasa kerana tuah Tahun Baru Cina yang menjelang tiba)

Juara Keseluruhan
Laguku Untukmu - Pakcik Hussein
(nasib baik Pakcik menang. Kalo si superman menang ntah rekod apa yang beliau akan cipta)


Pada mulanya, saya jangkakan Encik Superman akan sapu bersih semua hadiah. Bukan apa, beliaukan anak emas TV3. Lagu-lagu beliau saban hari berkumandang di radio hangat. Ketara betul promosi abis! Fair? Notttttttt....!!

Yang lain bagaimana?
Cuba - Faizal Tahir
(Nervous ka apa dia ni? Pertaruhan dia out!)

Bila Nak Saksi - Spider
(Kurang menyengat - macam nyanyi di fun-fair saja)

Lagu Kita - Aizat
(Pucat semacam ja - belum 'masak' lagi)

Hanya di Mercu - Ayu
(Macam dia ni tidak sabar-sabar mo kasi abis lagu dia. Tidak seiring dengan muzik. 'Hijau' lagi)

Dingin - Ziana Zain
(She shouldn't be in the finals in the first place tapi saya rasa penganjur saja ambil dia untuk memeriahkan suasana - tak meriah punnnn!)

Yang Pernah - Estranged
(Kurang bertenaga berbanding 'Itu Kamu'!)

Kalis Rindu - Elyana
(Eksen sangat nyanyi sambil duduk. Nah amik kau! Suara tenggelam!)

Aku Stacy - Stacy
(Odoi Stacy! Isai gia make-up diau dii? Ada kelainan dari segi persembahan tapi tidak cukup praktis mengkali kamu bah kan?? A little bit shaky bah your dance. But not bad my dear girl for a 'green' artiste like you to perform in a BIG competition like AJL)

Bukan di Sini - Sofaz
(Sofaz sekadar menghiburkan para hadirin. Mungkin diorang tahu kemunculan diorang hanyalah pengganti. Nothing to talk about)

Doa dalam Lagu - Zahid & Heliza
(Kalo Zahid nyanyi solo mengkali dia menang vokal terbaik hehehe)

Dusta Berkalang - Aiman
(Aduii...siapa bah ini budak? Ndak kenal bah. First time ni tengok dia nyanyi di TV. Ketara betul saya ni ndak mengikuti Muzik-Muzik - terus tinguk final hahaha)


0 Responses to "AJL 23"

Post a Comment