Walaupun saya tidak teruja sangat tapi saya tetap akan menonton konsert AF5 setiap Sabtu. Dan jika keadaan mengizinkan saya akan mengikuti diari harian mereka tapi ianya bukanlah satu kemestian :)

Sejak AF2, peserta dari Sabah lah yang paling ramai dipilih untuk menjadi pelajar AF. Adakah di Semenanjung dan Sarawak kurang yang berbakat? Atau Sabah menjadi 'target' atau 'lubuk' kewangan pihak penganjur? Ya ampunnnn! Maaf kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian. This is my personal opinion and observation sepanjang AF ini diadakan.

Tahun ini, empat lagi pelajar dari Sabah telah dipilih berbanding di Sarawak hanya seorang. Heran bukan? Apa-apapun, saya harap orang-orang Sabah tidak terlalu fanatik. Sokonglah pelajar kegemaran anda dengan seadanya dan jangan sampai muflis semasa afundi :)

Sabah akan diwakili oleh:


Candra Clement @ Candy & Firdaus Yaimal @ Ebi

Mohd Farha Jasmen @ Farha & Nonny Nadirah Zainuddin @ Noni

Biodata pelajar & gambar boleh didapati di sini AF5.

2 Responses to "Akademi Fantasia 5 Buka Tirai"

  1. Unknown Says:

    akademi fantasia 5 nie mungkin kurang mengujakan kot.. dah hilang taring.. tapi masih ramai yang tengok gak.. :D

  2. SciaS Says:

    saya masih menonton AF5 tapi tidak sefanatik masa AF2 hehehe

    tahun ni saya akan menjadi pengkritik yg tidak bertauliah. yg berbakat saya akan puji dan yg mengada2 saya akan kritik habis2an..mari kita tengok siapa yg kenaaaaa

    tonight is the night!

Post a Comment