Sebenarnya pelajar AF7 kali ini amat beruntung kerana berpeluang untuk buat konsert bersama dengan kumpulan Band ternama. Tapi tidak dinafikan, ada kebaikan dan tidak kurang keburukannya. Kebaikannya ialah kumpulan band tersebut dapat membantu para pelajar dari segi persembahan. Keburukannya pula, bila pelajar tersebut tidak dapat 'mengimbangi' persembahan band tersebut maka 'tenggelam'lah pelajar itu.

Saya tertunggu-tunggu persembahan berkumpulan iaitu menyanyikan lagu Linkin Park. Sepatutnya mereka menyanyikan lagu "What Have I Done" tapi ianya sudah menjadi "What Have YOU ALL DONE" to this song??? Odoi bogia, sumbang terumbang-ambing ke laut! Tak kan saya menangis pula kan, so saya ketawa terbahak-bahak sajalah LOL.

Estranged featuring Akim
Seolah-olah terkapai-kapai meminta tolong kerana tenggelam di laut! Should I elaborate more?

Estranged featuring Aril
Siapa bah pengkritik yang puji suara dia ni? Mau kena kurik bah tu telinga. Suara dia hampir lemas dikatakan the best vocal? Tapi no doubt, his performance on stage bolehlah cari makan :)

Kristal featuring Hafiz
Vokal tenggelam dan agak semput. But stage presentation boleh tahan.

Claudia featuring Kristal
Adlin kunun cakap terkinja-kinja tidak tentu pasal. Tak kan lagu rancak macam tu mau berdiri macam tiang letrik pulak??!! Good connection with the audience. I like her performance BUT not the HAIR! Macam nenek kebayan pulak saya tinguk.

Cokelat featuring Isma
I couldn't remember her performance. Yang saya ingat, dia berani pula 'kambai-kambai' tangan dia di bahu anggota Cokelat. Lelaki pula tu! Aduii, tidak manis bogia!

Cokelat featuring Aishah
Sebelum Adlin cakap, saya sudah cakap. Baju tidak kena! Saya pantang tinguk penyanyi yang nampak ketiak!! Lepas tu, nampak 'shorts' di dalam. Itu fesyen dia macam itu principal selalu pakai kan? Performance pun tidak menjadi!

Lefthanded featuring Yazid
Kesian budak blur ni. Konsentrasi dia paling lama pun 30 saat saja. Selepas tu, ke sungai sudah suara dia. Si Man Kidal tried his best untuk membantu tapi tidak kena peduli pula. Kesiannnn

Qhaud featuring Lefthanded
For the first time I'm giving credit to Qhaud. He is the best performer for the night! Tapi tinguk pola undian, awal-awal saya sudah expect dia yang akan tersingkir. Apa buli buatlah. Kurang peminat mengkali dia ni.

A note to the production ~ please replace the judge sitting in the centre. Komen beliau boring tahap gaban. Yang bagus dikeji, yang buruk dipuji. Kemudian kelihatan tidak bermaya, macam mengantuk - kena ceria macam Paula Abdul bah. Suara pun monotonous. Gantikan beliau dengan Adibah Noor. She is much-much better.

Tugasan untuk konsert minggu ini ~


Aishah - Flora Cinta (Min Malik)
Akim - Situasi (Bunkface)
Aril - Nakal (GiGi)
Claudia - When You're Gone (Avril Lavigne)
Hafiz - Kau Yang Punya (Malique/Najwa)
Isma - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Yazid - With or Without You (U2)

Lagu bonus Pelajar Lelaki - Fiona (4U2C)
Lagu bonus Pelajar Perempuan - Untukmu (Feminim)


Except for Avril Lavigne, lagu-lagu di atas agak asing bagi saya. Blame it to me kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Tapi bagi pendapat peribadi saya, why don't they give the students lagu-lagu yang tengah 'in' sekarang. Barulah rating naik. Saya rasa rating OIAM3 lebih bagus dari AF7! Salah satu panel memilih lagu di atas mesti datang dari Radio Era yang sudah basi itu :( Bosan tahap 'bosing'!


BTW, sekarang pelajar tinggal tujuh orang tapi sampai sekarang, belum diketahui apakah hadiah-hadiah yang akan dimenangi oleh juara AF7. Kondo Melaka sudah tidak menaja ka? Silap haribulan, hadiah juara adalah sebijik motosikal jenama Modenas ;) dan hamper barangan yang ditaja oleh penaja yang selalu disebut oleh AC di awal konsert tu! Bosan tahap tonduyutung!


Last but not least, ikut pola undian I bet Claudia yang akan tersingkir minggu ini!